faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Cerita di suatu tengah hari 3


Hari ini masih lagi meneruskan usaha untuk menyekolah kan sepupu.  Pagi-pagi lagi dah pergi ke PPD untuk bertanya mengenai surat pengesahan dan sokongan pengetua sekolah. Meraka cakap, kena ambil dari sekolah terakhir sepupu, jadi kami pun merempit la ke sekolah tumpang dia dulu, Sek.Men Meranti. Bawa, punya bawa moto, Isk…mana sekolah nih. Dh dekat 10 minit nih bawa moto.

“Elah, betul ker jalan ni?”

“Betul, aku ingat, ada balai polis baru masuk simpang belah kiri”

Hampir 20 minit dgn moto berhalaju  60-70 km/j sahaja, kami tiba dia sekolah. Nasib baik hari ni naik lagenda ye, kalau C70, ntah-ntah tersadai tepi jalan lagi.

“ Abg, ofis kat mana? Saya nak jumpa pengetua, boleh masuk?”

“ Nak jumpa pengetua nak buat ape? Awak nama apa? Dok kampung mana? Ni sapa ni? Blaa.blaaa..”

Isk, mamat nih, banyak soal la pulak, tak berkaitan pulak tuh.  Kami bawak moto, ke dalam, parking kat tepi pondok.

“Peewit…peewittt…”

Isk, tak padan ngn budak, sekeh sorang-sorang kang. Kecik jer budak-budak ni semua aku pandang. Macam ni ker budak sekolah menengah sekarang? ( mcm la aku dah tua sgt).

“Owh….saya tak boleh sign borang nih, sebab dia tumpang aje sekolah ni sebab nak exam hari tu. Sekolah dia memang kat sana. SID.” Pengetua menerangkan dgn lembut.

“Owh…” Hehe.. nampaknya, jauh betul perjalanan aku hari ni.

Kami ke SID kembali. Tapi, seperti sebelumnya, PKHEM dia menolak untuk sign boring tersebut dgn alasan sepupu saya bukan lagi pelajar dia sekolah tersebut. Maknanya, saya kena ambil tanda tangan di sekolah Meranti yang baru jer saya pergi tadi. Saya cuba cakap dgn elok, tapi dia tetap wat tak tahu jer. Macam apa yang saya cakap ni, tak di register ke dalam otak dia.

Saya telefon mak saya sebab masa dulu, mak saya yang tolong handle pasal sepupu nih. Mak cakap, memang betul kena ambil kat SID sebab sekolah yang lagi satu, hanya bagi tumpang belajar. Mak cakap, takpe la, balik rumah ambil surat yang dia bagi dulu. Mak pun menelefon penolong pengarah berkenaan hal tersebut. Penolong pengarah memang kata, kena ambil kat sekolah tu. Tapi, haih, apasal sekolah ni degil sangat ar?

Saya kembali lagi.

“ Ha, ni En, datang lagi nih” kata akak kerani.

“ Ha, awak, tak habis lagi ke? “ sindir PKHEM

“Oo..tak lagi la, sebab tu saya ada kat sini ni.” Aku jawab sambil senyum lagi.

“ Saya dah cakap, memang kami tak boleh sign.” Kata PKHEM dari pintu bilik pada aku yang depan kaunter.

“ Saya tahu cikgu kata mcm tu, tapi saya pergi PPD, dia kata mmg pengetua sekolah ni kena sign, so, saya nak pengetua sign la “

“ Awak tanya siapa yang kena sign kat sini? Pandai-pandai jer, “

“Saya tanya penolong pengarah, En. Sabri, kalau cikgu tak percaya saya boleh telefon dia sekarang, dia pun suruh telefon kalau cikgu ada masalah apa-apa yang tak paham.” Aku jawab sambil konon-konon nak menekan telefon la.

“ Eh, tak payah la telefon, mari masuk dalam ni, nak semak rekod”

Lalu, mereka pun berusaha menyemak rekod berhenti sekolah dan semua yang ada kaitan. Saya pun menunjukkan surat arahan PPD untuk menukar sepupu ke sekolah tadi tahun lepas. PPD tak cop kat belakang sebab dia tak bagi tukar sekolah, just tumpang ke sana,, jadi, dgn rasminya, sepupu saya memang student sekolah ini.  Tapi dia tetap tak nak sign. Saya pun tak dapat terima alasan dia tak nak sign sebab tak nak menyokong.

“ Sekarang ni, saya just nak tanda tangan pengetua jer, susah sangat ker sampai 2-3 hari nak kena ulang alik? Bukannya saya nak mintak sokongan dia nak bagi sepupu saya sekolah kat sini pun, saya dah mintak sekolah lain. Ni, surat ni, kalau CIkgu baca elok-elok, dia tulis, “pengesahan bahawa pelajar ini adalah beka s pelajar sekolah ini” bukannya, tulis, pengesahan bahawa pengetua nak bagi dia sekolah kat sini. Cikgu baca betul-betul ker tak? Cikgu tak perasan kot.”

Lain benar air muka PKHEM itu. Diam sebentar. Tapi,tetap lagi nak menegakkan benang yang basah.

“ Sebab dia tak dtg EXAM hari tu la, ranking sekolah ni jatuh, puas cikgu-cikgu pergi  pujuk dia nak suruh ambil Exam, tapi dia taknak, tak pasal, subjek yang tak pernah ada pelajar gagal pun jadi gagal.” kata PKHEM.

Saya mengecilkan mata..ooooo

“Macam ni ke perangai cikgu? Tak ikhlas langsung ajar murid, ingatkan dia pergi cari kat rumah sebab dia ambil berat, tapi rupanya, ranking yang cikgu fikir kan. Kalau macam ni la, saya pun tak heran la kalau sekolah ni takkan pernah dapat terbaik pun Cikgu. Memang tak layak kalau cikgu-cikgu dia pun perangai macam ni. Tak ikhlas, murid nak belajar balik, bukan nak sokong, nak menjatuhkan lagi semangat budak ada la. Yang cikgu cakap dia takkan belajar balik lama tu mana cikgu tahu? Saya kenal sepupu saya dari dia kecik, saya tahu masalah keluarga dia. Cikgu peduli apa murid tu ada masalah apa? Tahu, nak rotan, nak buang sekolah, nak gantung. Itu je la cikgu tahu kan. Lepas tuh, bagi jer masa depan budak tu terbiar macam tu jer. Nak sekolah balik cikgu halang. Padahal, dia memang nak belajar. Tahu jaga ranking-ranking. Patut la budak-budak yang pernah buat kes, dh tak nak belajar, cikgu yang mengajar pun dok menyindir, dok ingat benda lepas. You all make her life a living hell, treating her like this now“

saya cakap dgn mendatar jer, tak de tinggi suara pun. Tapi, makan dalam sangat kot, sebab semua diam jer masa saya cakap, PKHEM, Cikgu, kerani-kerani pun. Korang ingat aku budak bodoh ke. Kesabaran aku dah tahap sipi-sipi jer nih. Sori la, aku tak takut dgn pangkat tinggi mana pun ko. Kalau ko salah,aku tetap akan cakap apa yang aku rasa salah.

“ Okay la, macam ni la, awak gi jumpa cakap sendiri dgn pengetua” kata PKHEM. Saya pun senyum jer. Dia masuk dalam bilik. Mesti dok mengutuk aku la tuh..Hehe

“ Hurm…biasa la tu. Akak pun tak paham, benda mudah, kenapa la dia nak susahkah” kata akak yang duduk depan bilik pengetua.

“ Tula..saya lagi la pening..” saya jawab sambil senyum.

Saya jumpa pengetua, dia taknak sokong.

“ Tak pe la kalau tak nak sokong, pun tulis aje tak sokong, then cop n sign. Saya nak tu jer.”

Kata saya. Tak nak cakap banyak-banyak, dia pun sign and tulis “tak disokong”. Ah, aku peduli apa, asal sign sudah. Aku keluar ofis, haih, harap-harap ni kali terakhir aku datang sini. Akak-akak kerani kat luar, tgk jer, haa, jap lagi korang mesti dok mengumpat pasal aku kan. Haha.. Ape aku peduli, yang penting, aku dapt apa aku nak, bukannya aku tak mintak elok-elok pun sebelum ni.

Di bilik penolong pengarah PPD.

“ Dah setel dah? Dah setel saya boleh sign, esok dah boleh sekolah dah” kata En, Sabri, penolong pengarah.

“ Tak setel lagi, ni, pengetua ni tak nak sokong pulak, macam mana ni?” terang saya

“Laaa..keje macam mana pulak Wan Mail ni ( pengetua tu la, nama samaran semata) . Tak boleh ni keje macam ni. Kejap saya telefon dia”

“Ha, bla..bla..bla..tak boleh ni macam ni, saya potong la yang tulis tak sokong, kira ada sign saja la ye. “

Pengetua tu akur barangkali sebab En. Sabri cross jer yang dia tulis “tak disokong” .

Kami berborak sebentar maklum la, saya ni agak terlebih ramah. Nak turun pergi kat moto, terserempak dengan kawan sekolah lama. La….dia pun keje pegawai kat sini…

Penat…Letiih, tapi, jap lagi nak kena teman sepupu yang lain pulak pergi buat KWSP kat Bandar Kota Bharu sebab dia takut nak naik lif sorang-sorang. Pergi dengan bas setengah jam. Kat KWSP 15 minit, ingat nak g jalan kat KB kejap, maklum la, dah lama tak datang, alang-alang dah datang, rugi jer tak pergi mana-mana.

Tengah jalan, Suami dia call, marah plak tak balik terus. Maw aje mulut pot-pet aku ni nak cakap, “ amboi, nak cepat-cepat, dia je la pergi ngn kak sepupu ni. Aku pun nak jalan jugak. Sia-sia jer lama naik bas. Tapi nasib baik dah jadi laki, aku diam jer la, kalau Boyfriend, dah lama aku sound, bukannya bini dia pun lagi nak dengar cakap dia..Hahaha..Jahat aku.. Balik pukul 5 kami singgah ke pasar malam, beli lauk sedap-sedap. Haha…nak pujuk laki dia la tuh..Baru kawen biasa la..

Balik, Asar, Maghrib, tido..kepenatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments on Cerita di suatu tengah hari 3

  1. madlut
    May 14, 2010 at 4:01 AM

    haha..slumber je sound cikgu eh..

    Reply
    • faezon
      May 14, 2010 at 4:03 AM

      @madlut,
      Hehe..geram punya pasal.Kalau tak sound, dia tak sedar kot..haha

      Reply
  2. sangilapi
    May 14, 2010 at 7:31 PM

    susah jugak nak berurusan dengan orang macam ni,akhirnya yang mudah jadi susah…yang terbabit dah macam bola,ditendang ke sana-sini :(

    Reply
    • faezon
      May 15, 2010 at 3:37 PM

      @sangilapi,
      tula pasal.. kalau tak sabar, rasanya, dah tak nak pergi dah kot sekolah tu

      Reply
    • faezon
      May 15, 2010 at 3:37 PM

      @boss,
      okay..nak baca ni..hehe

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge