May
” Long, pergi tolong tanya sekolah Za’ba tu. Tak ambil PMR boleh tak ambil SPM. Elah kata dia nak sekolah la pulak ” kata mak sedara.
” Za’ba boleh kot kalau nak ambil SPM terus sebab sekolah berbayarkan tu. Kalau Mok Jah nak masuk belajar ambil SPM pun boleh dah tua-tua pun. Tapi, tak tahu la boleh tak ambil aliran sains, sebab dia kan tak ambil PMR, macam mana nak tahu sains ke sastera” jawab saya.
” Kenapa tak try mintak sambung belajar kat sekolah dia dulu nya? Tak pe lah ambil PMR lewat setahun pun. Elah kan pandai jer sains. Rugi je ambil aliran sastera.” tambah saya lagi.
“Tak tahu lah. Elah bukan nak pun sekolah tu.” kata Mok Jah, mak sedara saya.
” Ooo..tak pe lah gitu, gi la suruh Elah siap-siap. Nak gi mandi kejap, nanti suruh la Elah datang sini, bawak kunci moto skali, moto kat umah tak de ni” Aku saya memberi arahan siap-siap.
Setengah jam kemudian
” Isk, kenapa moto nih makin slow nih, mcm mati jer. Minyak mcm tak naik jer” getus hati saya.
Lalu saya pun stop moto kat tepi jalan. Check minyak. Full jer tank. Nape ye? Saya cuba start lagi. Tapi tetap tak dapat.
Saya pandang keliling, lalu berjalan ke deretan kedai berhampiran.
” Abg, mintak tolong boleh tak? Moto saya mati la. Saya start tak boleh, Abg tolong start boleh tak? takut laki-laki kaki kuat sikit nak start” kata saya sambil tersenyum kambing pada sorang lelaki yang jaga kedai telefon.
” Okay, mana moto? meh saya try”
Si lelaki cuba start tapi tak dapat.
” Plug dh tak leh guna kot awk ” kata dia sambil tangannya memutar-mutarkan …( saya pun tak pasti apa nama benda yang mcm bentuk cross tu..hehe.).
Tiba-tiba, kawan si laki laki datang untuk membantu juga.
” Try beli plug lain la. Saya pun tak de plug nak bagi try” kata kawan si laki-laki.
” Awk tolong pergi beli boleh? Saya tak tahu kat mana kedai ni. Berapa ringgit eh Plug?” tanya saya tapi tangan dah hulur dah RM 10. Nasib baik bawa jugak duit rini. Selalu saya bawa IC dan lesen aje setakat pergi bandar Pasir Mas tu.
15 minit kemudian.
” Tak boleh jugak la awak. Tak de api pun keluar kat wayar tu. Kene pergi bengkel nih. Macam mana nih?
” Tak pe la. Saya telefon Mak saya la suruh Pak sedara dtg ambil moto. Tinggal depan kedai awk la yer? Eh, jom la saya belanja minum kat kedai tu, letih-letih kaki start. Berpeluh dah tuh” saya saje la pelawa, lagipun laki tuh nampak baik jer, bukan jenis yang gatal-gatal pun.
Jadi, minum lah kami sambil tunggu pak sedara datang. Sedap jugak teh ais budak kg saya nih wat. Tapi…huhu..tiba-tiba perut memulas. Isk..perut nih… mesti sebab dok makan sup perut semalam ni. Haih lambatnya Pak Sedara ni nak sampai. ..
Eh? tu pun dia dah sampai dgn kereta sepupu. Kami tinggal moto kat Pak sedara, dan naik kereta pergi Za’ba.
” Kalau nak masuk sini, esok pun boleh masuk terus. Yuran dia kali pertama, RM190. Rm70 sebulan, dan RM50 yuran tahunan. “
” Macam mana nak tahu dapat kelas sastera atau sains? sebab dia tak ambil PMR pun ni?”
” Oh, sini hanya ada sastera Dik.”
Kami pun pulang.
” Elah, nak ke sekolah kat situ? budak-budak macam kureng jer. Pergi la sekolah biasa jer, masuk sekolah lain kalau tak nak sekolah tu. Nanti esok kita gi tanya PPD boleh tak ambil PMR. Ambil calon persendirian je. Belajar sendiri kat rumah. Nanti tanya Adib silibus form 3 macam mana. Tak pe la lewat setahun pun. Tak payah la ambil sastera, susah nak masuk U nanti. Result tinggi baru dapat kursus elok kat U. Kalau ambil sains, dapat elok, boleh sambung sains, kalau tak berapa elok pun, dapat jugak kursus yang budak sastera punya. Kalau sastera, tak elok, kene sambung tingkatan 6 la. Lagipun, Elah bukan tak pandai pun, banyak jer A periksa hari tu. Pasni, jgn wat hal lagi dah sekolah tu. Belajar la molek-molek. Tahu pun bosan dok rumah tak sekolah bila org lain dok sekolah. Ha, dulu cikgu dtg rumah ajak ambil jugak exam PMR, tak nak. Dok umah lama-lama tak buat ape, jadi gemuk..Hahaha” Itulah nasihat saya yg sedikit bias terhadap sains.
Ntah la, bagi saya, kalau dah belajar sains, nak beralih ke sastera senang.. Tapi kalau belajar sastera, macam mustahil nak dapat belajar yang sains.
Itulah kisah di hari Isnin saya. Esok nak kena gi PPD pulak, lepas tuh JPN kat Kota Bharu pulak. Haih, nasib baik la ko nih kezen aku. Sebab ko bersungguh nak belajar jer aku tlg tuh taw.
Lain kali, jgn ikut sangat la boyfriend kamu tuh. Dia tak sekolah, nak heret kamu sama tak nak pergi sekolah. Kalau dia dah kerja elok, kami tak kisah pun kamu nak kahwin dengan dia pun umur muda-muda la. Ni, dia pun dok harap kat Mak Ayah lagi.
Maybe masa setahun kena kurung kat rumah , dengan handphone kena rampas, tak boleh keluar pergi mana, wat kamu fikir kan masa depan. Hehe.
sangilapi
May 11, 2010 at 12:48 AMwahai anak bangsa,
usah kamu membuang masa,
melihat pengorbanan ibubapa,apa yang kamu rasa?
jangan diikutkan rasa,kelak kamu yang binasa!
sekian komen sangilapi di suatu pagi hari selasa
faezon
May 11, 2010 at 2:25 AMhehe..wah.terer sangilapi berpantun yer, nak balas pun tak reti
mijie
May 11, 2010 at 12:44 PMsatu kisah yg digarap dengan cukup baik..
kalau boleh cik adik periksaan ejaan ye…ada yg tertinggal dan sambung kat tmpt lain..mcm ni
“Result tinggi baru dapat kursu selok kat U”
kursus elok yg betul kan kan?
faezon
May 11, 2010 at 1:49 PM@mijie,
hehe…betul2…maklum la laptop slow. Tak perasan la plak dia jadi bersambung, men taip tak tgk skrin pun. Huhu.
mijie
May 11, 2010 at 6:53 PM@faezon, oh ic bagus la tu
faezon
May 11, 2010 at 9:10 PM@mijie,
terima kasih yer
Cik Bulan
May 18, 2011 at 9:28 AMfaezon,
sangat berminat nak tau ape jadi lepast tu…. nak tau awak masuk sekolah ape lpas tu.. mcm ne awak sambung blaja? sekarang awak mcm mana?
annoyed
June 10, 2011 at 2:55 PMhaila awat la semua dok pandang sastera ni hina sangat? awat eh?
faezon
June 11, 2011 at 6:09 PMtak dak lah pandang hina, dia memang minat sains, baiklah dia masuk sains.