faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Finishing School


Siapa tahu apakah Finishing School? Kalau dalam Tahun 60-an, finishing school ni jika ditanya maksudnya pada sesiapa yang faham bahasa dan kebudayaan Inggeris, mereka akan menyatakan bahawa Finishing School adalah sekolah untuk perempuan yang mengajar mereka persediaan untuk kehidupan berumah tangga kelak dan biasanya membabitkan aspek kebudayan dan sosial seperti cara menjadi hos yang baik dan cara melayan tetamu,. Kebanyakan yang belajar di Finishing School ni terdiri dari golongan bangsawan kerana golongan inilah yang selalunya akan terlibat dalam urusan merancang dan mengadakan majlis yang bermacam-macam fungsinya, dan selalu nya sebagai back-up kepada suami mereka. Antara yang pernah belajar di Finishing School ini termasuklah, Lady Diana.

Itu intro sahaja. Sekarang nak cakap la, saya pun tengah mengikuti Finishing School ni. Hari ni baru hari pertama. Memang menguji mental betul. Dari 8.30 pagi sehingga 6.15 petang. Habis kelas, kepala gua sudah pusing bangat.

Mihun Singapore, Pulut Panggang, errr…ape ntah nama kuih kuning, nescafe 0′

Kenapa saya masuk Finishing School? mestilah sebab saya nak belajarĀ  cara bersosial, cara nak jadi anggun,bergaya, bijak bergaul, ala-ala seorang puteri kan. Sebab saya nak gi pikat anak datuk @ datuk yang muda-muda yang tak ada suami lagi.Sebab tu la.

Tapi, sebenarnya, saya mengarut jer kat perenggan atas tu. Tak ada maknaya saya nak pergi finishing school yang macam tu. Sebenarnya, sekarang ni saya sedang mengikuti Finishing School anjuran Kolej Tesdec dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Okay, Finishing School kat sini bukanlah untuk mengajar saya menjadi seorang puteri yang berwibawa, tapi untuk menyediakan diri saya supaya menjadi lebih “marketable” dalam pasaran kerja sekarang.

Dalam kursus ini, kami di ajar skil-skil yang perlu kami tahu untuk digunakan apabila bekerja kelak. Ia adalah satu bonus kepada bakal majikan kami kerana kami akan menjadi bakal perkerja yang terlatih dan ber-skil bukan sahaja dalam penyelidikan ( sebab saya ambil bahagian penyelidikan), tetapi juga dari segi public relation, social skill, self-esteem, performance, dan seumpamanya yang berkaitan dengan self-image.

Hari ini saja dah ada sesi motivasi dari pukul 2 ptg – 6.15 ptg. Dasyat betul keupayaan mata ini untuk kekal celik dengan begitu lama setelah seorang demi seorang peserta lain dok nganga luas-luas(menguap) Haha.. Walaupun pening kepala, tapi saya wat tak tahu jer dgn pening tuh. En pening, pergi main jauh-jauh saya cakap. Hihi.

Saya minat nak dengar motivasi ni, sebab nak bagi ada semangat. Orang lain mungkin rasa info yang diberi tak berguna, tapi bagi saya, setiap patah kata penceramah tu saya bagi perhatian. Lagi berkesan dari membaca buku-buku motivasi. Tambahan pula,hal yang diceritakan adalah perihal kejayaan, keusahawanan, dan membentuk imej diri. Hehe…lagi la semangat. Lagipun, pagi tadi pun memang bangun dengan bersemangat jugak!!.. Bangun dengan senyuman la orang cakap. Tiap-tiap hari kena bangun dengan senyumankan. Jagan gelak sudah.

Diri sudah mengantuk, ingat nak tulis pasal motivasi tadi supaya lagi lekat dalam minda ni, tapi, mata tak mengizinkan pula.Oh ya, oleh sebab laptop sudah masuh wad ,sebab tuan dia ganas sangat dera dia sampai button On dah tecabut, tinggal litar jer,nak tekan dengan pen pun tak boleh, maka, amat jaranglah saya akan meng-online sekarang.Laptop atom ni amat la slow..Huhu.

P/s: sedap betul brunch tadi, tapi mungkin juga sebab saya lapar. Hehe. Apa-apa pun, mihun Singapore memang saya suka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagging:

16 comments on Finishing School

  1. sangilapi
    May 18, 2010 at 2:48 AM

    “Sebab saya nak gi pikat anak datuk @ datuk yang muda-muda yang tak ada suami lagi”…mungkin mengantuk sangat tu :)

    Reply
    • faezon
      May 18, 2010 at 1:27 PM

      @sangilapi,
      errr…hehe..alamak, dah silap pulak..hehe….memang betul-betul mengantuk pun ni..hihi

      Reply
  2. ardzham
    May 18, 2010 at 11:00 PM

    Saya nak join sekali finishing school boleh tak? nanti dapat makan mihun Singapore. Dah malam-malam rasa lapar pulak apa lagi bila tengok gambar makanan. Ni yang perut jadi bertambah gendut!

    Reply
    • faezon
      May 19, 2010 at 12:02 AM

      @ardzham, hehe…boleh pulak join semata-mata nak makan mihun Singapore. Ala..dah kawen kan,,mintak la wife tolong masakkan..hehe

      Reply
      • ardzham
        May 22, 2010 at 12:29 AM

        @faezon, Beli kat warung depan rumah lebih cepat dapat makan dari suruh wife masak! hehehe

        Reply
        • faezon
          May 22, 2010 at 12:33 AM

          @ardzham,
          Haha.amboi…mana sama taw beli ngn masak sendiri..

          Reply
  3. Labanon
    May 19, 2010 at 10:47 PM

    Yeah, sekarang memang kena ada add-on value supaya terpilih untuk bekerja. Nanti share apa yang kak belajar dalam kursus tersebut. Nak jugak tahu. ;)

    Reply
    • faezon
      May 20, 2010 at 1:52 PM

      @Labanon,
      yang [enting. dia ada komponen keusahawanan..tu yang suka tuh..hehe..
      Okeyh..nanti kak update..sekarang..laptop masuk wad..tak boleh post..

      Reply
  4. botak
    May 20, 2010 at 2:30 AM

    kuih tu bukan namanya cream puff ke??
    yg dalam nye ade custardkan??
    sedap!

    Reply
    • faezon
      May 20, 2010 at 1:50 PM

      @botak, a’ar..ader custard kat dalam..memang best..ooo..nama dia cream puff eh..

      Reply
      • botak
        May 20, 2010 at 4:18 PM

        @faezon, haa laa cream puff..bukan curry puff ye..harap maklum

        Reply
        • faezon
          May 21, 2010 at 12:24 AM

          @botak, hehe..yela..tq2..

          Reply
  5. Bruce
    May 23, 2010 at 3:59 AM

    @faezon, Beli kat warung depan rumah lebih cepat dapat makan dari suruh wife masak! hehehe

    Reply
  6. Dila
    June 5, 2010 at 11:34 PM

    aha.. finishing school yang maha bosan.. attend kelas @ 8 am, balik bilik masa lunch hour kol 1pm, masuk balik kelas kol 2pm dan sambung sampai 5pm. makan kalau saya tak silap 3x sehari.. dapat pulak satu kumpulan dengan yang tak kenal (dari course lain). kalau la boleh ponteng waktu tu memang saya poteng dah. tapi wajib tuh.. siap ada sijil! kenangan, kenangan…

    Reply
    • faezon
      June 6, 2010 at 12:37 AM

      hehe…takla…ni okay jer..tak bosan pun..tiap hari wat benda best…bukan tipikal punya finishing school la..ni khas tuk field work punya.

      Reply
  7. Kathleen
    October 19, 2011 at 10:13 PM

    Which finishing school did you attend?

    Reply

Leave a reply

CommentLuv badge