May
Aku bangun pagi ini dengan rasa malas sekali. Sayup-sayup aku mendengar mak tengah bercakap di telefon. Aku dengar dengan jelas setiap butiran kata Mak. Maklumlah, bilik sebelah jer dengan bilik Mak, yang memisahkan hanyalah dinding papan setebal 1 inci jer.
Ooo.. mak, tengah cakap dengan adik perempuan yang kat UNISEL. Apehal tefefon pagi-pagi ni.
” Terima Kasih” aku dengar Mak cakap sambil gelak-gelak.
Fikiran aku melayang-layang. Apakah? Ha!!! ALAMAK!!!…mana aci, aku dah jadi No 2!!…Huhu..
Ceit, tahun ni adik aku berjaya memintas aku untuk wish Happy Birthday kat Mak. Main kotor ye ko Marlia, telefon awal-awal pagi.
Aku mandi, dan mengemas baju-baju yang patut untuk di bawa ke Penang. Malam ni dah nak naik bas pergi Penang.
Haish…malas betul nak kemas barang. Planning untuk mengemas dan mengecat rumah tertunda dek kerana 3 hari yang meletihkan tersebut.
” Wahida, Asmani, gi lipat baju Along. pastu Along bagi upah ais krim Cornetto, nak”
“Nak!! nak!!”
Haha…suka hati nya ada adik ramai..
Jam 3 Petang
” Long, wat kek ke?” tanya Wahida.
” Ho la… Wa nak wak ko? ” aku bertanya. Dia sengih. Nak la tuh.
Aku menyuruh dia mengayak tepung bersama Umairah yang sibuk nak buat jugak sambil isap botol susu.
Asmani aku suruh kacau coklat kat dapur.
Aku buat ape? Jadi mandur la..haha
Takde la., aku tukang pukul telur sampai kembang.
Hari ni kami nak buat Kek Coklat Moist Kukus. Kek coklat ni memang wajib aku buat tiap kali balik kampung. Favorite familiy.
Telur dah kembang. Nak tahu macam mana kembang? Ha..bila telur tu dah jadi putih jer warnanya. Nasib baik sekarang pakai mesin jer. Ingat dulu-dulu, kene pukul dengan tangan jer. Jenuh nak bagi kembang. Lenguh tangan kiri, tukar tangan kanan.
” Mani, letak coklat, Wa letak tepung deh bila Along suruh . Umai, tak payah la.. hehe” Aku mengeluarkan arahan.
Okay, dah siap. Dah letak dalam kukus.
30 minit berlalu. Kek dah masak. Tapi…hahahah…buruk betul rupa kek hari ni. Aku cuba rasa sikit. Isk…tawar la pulak. Selalu letak 2 cawan gula, hari ni letak 1 cawan jer. Krisis gula kan..hehe.
Takpe, letak topping nanti okay la. Dan, memang okay pun lepas letak topping coklat lagi kat luar.
Tiba-tiba..
” Kak Ju, Kek ke tuh? ” tanya kawan Mak pada Mak aku la. Aku dah Chow keluar dah.
” Yela, Kek la tuh budak-budak ni buat, hari jadi Mak dia kan” Jawab Mak.
” OOOO….untung dia anak buat kek..” kata kawan Mak.
” Haha..tapi mentang-mentang Mak dia tua, dia g wat kek jadi kedut-kedut pulak” kata Mak aku melawak sambil kutuk kek kami yang tak jadi..Haha. Memang kek tu jadi berkedut-kedut macam kulit org tua pun.. Hihihi..
kata Wahida
” Owos!!! kek ni serupa muka Mak!!” Haha. Kami gelak jer.
Tapi tak pe. Kek kami sedap jer. Don’t judge a cake by it’s look. Hehe
Kemudian, Idan masuk dapur. Aku berseloroh, kata kat Idan
“Idan, hari jadi Mak ni, mu nyanyi la!! ” Idan adik aku yang darjah 4, Asmani Darjah 2, Wahida tadika, manakala Umai, baru 3 tahun.
Lalu Idan pun menyanyi lagu Selamat Hari Jadi dengan versi dia yang tersendiri yang teramat lawak berserta dengan gaya dia yang ala-ala terencat.
Kami gelak besar kat dapur..
HAppy Birthday Mak!!

sangilapi
May 16, 2010 at 10:48 PMuntung mak dia ada anak buatkan kek sempena hari lahir
mak ejon ni ada kelebihan bila bercakap(cakapnya laku),kalau jadi guru memang bagus sebab anak murid mudah ikut kata……sekadar merapu.
faezon
May 17, 2010 at 10:48 PM@sangilapi,
hehe..ape sebab musabab en Sangilapi cakap camtu eh..hehe..
sangilapi
May 18, 2010 at 2:41 AM@faezon,
14 may,umur 45 tahun
faezon
May 18, 2010 at 1:41 PM@sangilapi, a’ar..baru 45..adik bongsu pun kecik lagi..hehe.. tapi….hehe…komen ni memang takde katian dgn komen sebelum nikan?? hehehehe
sangilapi
May 18, 2010 at 9:44 PM@faezon,
laa…mestilah ada kaitan
kan ejoncb tanya sebab musabab sangilapi berkata macam tu(komen pertama)…maka jawapan sangilapi 14 may.45 tahun(komen kedua).
maksud komen kedua adalah berdasarkan tarikh lahir
…tapi entah betul entah tidak,tu tulis sekadar merapu
faezon
May 19, 2010 at 12:05 AM@sangilapi,
Owh…ni kiranya sesuai mengikut tarikh lahir la..hehe..punya la saya dok fikir apa kaitan dia.
zik
May 17, 2010 at 5:09 AMwah… happy burday for ur mum.. yang ke 45.. semoga panjang umur…
faezon
May 17, 2010 at 10:50 PM@zik,
tq2..mak cakap tq.