May
Pernah dengar tak ayat macam ni?
Mak/Ayah besarkan Eli selama ni, tapi ni balasan Eli terhadap Mak/Ayah? Mak/Ayah suruh kau kahwin dengan laki tu kau tak nak, Aku ni makMak/Ayahkau, Aku yang besarkan kau selama ni, Aku lagi tahu dari kau.
ataupun ini
Ala, lepas belajar tak payah la kahwin lagi, kerja dulu bagi duit kat Mak/Ayahmak dah banyak habis duit sara Mat dari kecik sampai besar.
ataupun
Isk, Mak/Ayah tak suka la kamu kawan dengan Eli tu, dah la tak cantik, hitam pulak tu. Duduk jauh. Mak nak menantu yang cantik, putih, hidung tinggi. Tak merasa la Mak nak menantu putih-putih
Ataupun
Budak ni, Bodoh la, bangang, berapa kali aku nak cakap, sekolah bagi la dapat no 1. Asyik dapat no akhir jer. Mak/ayah malu la dengan ko nih.
Dan
Mak tak halal air susu mak kalau kau tak nak duduk dengan mak selapas kahwin.
Mak, mak tahu tak, anak mak ni bukan hak milik penuh mak. Anak mak ni adalah amanah Allah pada mak. Kenapa mak suka marah anak mak ni. Kenapa mak suka cakap anak mak ni tak pandai. Mak, kalau anak Mak ni tak pandai, maknanya, itu salah Mak la, sebab mak tak pernah nak ajar. Mak tak pernah nak luangkan masa untuk ambil tahu hal kami. Mak lagi pentingkan kerja mak dari kami sedangkan, Tugas utama seorang ibu adalah mendidik anak-anaknya dan menjaga rumahtangga. Mak tak dapat kepuasan kah dengan mendidik kami? Mak tak puaskah untuk curahkan ilmu yang mak dapat masa belajar tinggi-tinggi dulu untuk mendidik kami? Mak hanya puas bila dapat show off kepandaian mak kat office ker Mak? Kami masih kecil mak. Kami perlukan mak, bukannya Bibik ,bukannya akak Nursery. Bukannya Makcik Peah kat sebelah yang selalu jaga kami masa mak tiada.
Mak, kami rindu masakan mak. Kawan-kawan kami cerita, mak dorang suka masak macam-macam untuk dorang, kami tak tahu nak cakap ape. Kami tak suka masakan Jawa Bibik. Bukan selera kami. Mak, masa kecil, mak selalu belai dan sayang kami. Sekarang kami dah besar, kenapa mak macam tak sayang kami lagi? Kami menangis, mak tak tanya pun kenapa. Kami kurung diri dalam bilik, mak cakap kami gaduh dengan boyfriend. Kami rapat dengan kawan-kawan, mak marah. Mak cakap, jangan kawan dengan dorang, dorang suka bersosial, dorang suka berclubbing, cari la kawan yang elok-elok sikit. Tapi mak, jahat-jahat dorang pun, dorang sudi dengar luahan hati kami. Mak, kami bukan orang baik, mana kami nak jumpa org baik-baik. Ingat tak mak masa mak cakap, tak payah la mengaji ngn Atuk, bukan boleh wat dpt kerja pun. Sekarang, kami xkenal pun huruf Al- Quran. Macam mana kami nak dapat suami yang baik ni Mak. Takkan dorang nak dgn org macam Kami ni.
Ayah, betul ke ayah sayang kami? Ayah tak pernah cakap pun. Ayah suka marah kami. Selalu tengking-tengking kami. Ayah tahu tak jiwa anak ayah ni sgt lembut dan sensitif. Setiap patah kata ayah masa marah kami, kami ingat sampai sekarang. Ayah, kami dahagakan kasih sayang ayah. Kami tak tahu mcm mana rasanya kasih syg seorang laki-laki. Jadi, masa Mat cakap dia suka dan sayang kat kami, kami sangat suka, kami sangat teruja. Akhirnya, ada juga lelaki yang sayangkan kami. Takpe lah ayah tak sayang Kami. Mat sayang kami. Mat cinta kami lebih dari ayah. Kami nak kahwin dengan Mat la, kalau ayah tak bagi, Kami lari. Kami tak kisah sebab kami bahagia dgn mat. Kami tak bahagia kat rumah.
Tapi, Mat tinggalkan kami juga, kami mengandung nih mak, ayah. Mak marah, Ayah pukul kami. Ayah dan Mak halau kami.
Ayah, kenapa ayah tak pernah peluk kami? Kenapa ayah tak pernah tunjukkan kasih syg lelaki pada kami? Hingga kami tak dapat menilai sejernih mana kasih laki-laki yang ikhlas. Kalaulah ayah pernah peluk kami, kami takkan rindukan pelukan lelaki, kalaulah ayah kucup dahi ini dan ckp syg pada kami. Kami takkan mudah tunduk pada cinta kosong laki-laki.
Mak, fahami la jiwa anak mu ini. Kami perlukan mak untuk tunjukkan kami jalan yang betul. Kami belum matang untuk menilai hidup ni mak. Tolangkah kami.
Mak, Ayah, kami amanah Allah pada Mak dan Ayah untuk dijaga, dibelai, dididik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Ikhlas kah Mak dan Ayah apabila mengharapkan balasan dari kami atas jasa membesarkan Kami? Mak dan Ayah patut ingat , Balasan Allah untuk yang menjaga AmanahNya lagi besar dan hebat. Keikhlasan Mak dan Ayah mendidik kami akan membuatkan kami Ikhlas menjaga Mak dan Ayah kelak disamping mendapat ganjaran dari Allah. Bukannya sekadar menjaga sebab takut jadi anak derhaka sebab mak ugut tak nak redha dgn kami. Bukannya sebab kami malu org mengata bila kami tak jaga mak. Kami akan lakukan dengan penuh ikhlas.
Mak, Ayah. Kita saling bergantungan. Kami akan menjadi penyebab Mak dan Ayah ker Syurga atau neraka, dan Mak dan Ayah jualah akan jadi penyebab Kami ker Syurga atau neraka. Mak, kalau mak ikhlas, mak akan doakan kami bahagia selalu, bukannya mendoakan kebahagian kami hilang semata untuk kebahagiaan mak.Ayah, kalau Ayah ikhlas , ayah akan selalu berlembut dan bersabar dengan kami.
Mak, Ayah, kami rindukan mak dan ayah. Mak dan Ayah di depan kami, tapi, kami rasa kita sangat jauh sekali.

sangilapi
May 9, 2010 at 6:35 PMikhlas itu suatu ‘makam’(level) yang amat payah untuk digapai…memadai kalau dapat berlaku jujur…jujur seadanya
saling bertanggungjawablah(fahami istilah ini dengan mendalam- tanggung dan jawab) kalau mau merasai kemanisan hubungan antara anak dengan kedua ibubapa.
apapun ingatlah hukum karma(layanlah lagu wings sebentar)-rantaian kehidupan itu berulang-ulang !
selamat hari ibu….ibu yang pernah menghadiahkan kita sebuah alam….alam yang penuh nikmat ! maka lahirlah kata-kata keramat “syurga itu di bawah tapak kaki ibu”
faezon
May 9, 2010 at 7:37 PM@sangilapi,
Hehe.. amboi-amboi sangilapi, siap ngn lagu lagi yer.
Yup apa-apa pun syurga di bawah tapak kaki Ibu. Agak-agak, nape eh bukan bwh tapak kaki ayah?
hihihi.
sangilapi
May 10, 2010 at 12:14 AM@faezon,
ia suatu rahsia…cuma boleh bagi clue sahaja,siapa yang melahirkan kita?(pernah tengok proses kelahiran seorang bayi?)…tapi kena tengok betul-betul!:)…itulah jawapan untuk soalan kamu.
*rangkap kata tengok betul-betul tu cukup medalam maknanya*
faezon
May 10, 2010 at 12:37 AM@sangilapi,
Hehe..paham En.Sangilapi..Penah tgk video org bersalin, mmg susah. Tak pe. Nanti Insyaallah saya pun boleh rasa. Hehe..Saya syg Mak saya.
madlut
May 9, 2010 at 8:18 PMsejak saya kenal si faezon..beliau tidak pernah berubah…x tipikal, sentiasa mahukan yang lain dari yang lain…post nie pun lain dari ucapan selamat hari ibu yang lain..hehe..good job..keep it up
faezon
May 10, 2010 at 12:38 AM@madlut,
hehe..tq Lutfi. Dah memang mcm ni pendapat jujur saya kan, tulis ajer la.
mhnizam
May 10, 2010 at 10:14 AMtersentuh dengan tulisan blog ni…memang nampak kejujuran melalui penulisannya..keep good work
faezon
May 10, 2010 at 2:03 PM@mhnizam,
Thank you. Saya pun harap penulisan saya akan bertambah baik nanti.
Saya Laa Dia
March 10, 2011 at 7:32 AMAssalamu’alaikum wbt, Sis.
Saya suka baca. Ada betulnya.
Sedih pun ada. MashaAllah.
Anak perempuan yang rapat/dapat kasih sayang dari Ayah dengan lebih.
Hanya berkemungkinan kecil akan mencari teman lelaki.
Sebab anak perempuan senang dengan kasih-sayang dari Ayah.
Jadi dia tak teringin hendak bercintan cintun. Kalau suami lain cerita lagi..
Moga nanti, kita tak abaikan anak-anak dimasa hadapan.
Saya Laa Dia bercerita mengenai..Will Update
saya
May 10, 2011 at 1:30 PMpernah jugak tanya soalan yg sama
tapi saya dpt satu conclusion..mak ayah orang biasa
yg byk kelemahan..diorg besarkan kita dengan cara yg diorg rs terbaik n termampu diorg buat…mungkin diorg pon x sdr silap or betul salah apa diorg buat tu…sbb sy pon terfikir..mcmne la agaknya bila saya jd mak nanti
doakan yg terbaik utk mereka, dari mereka, utk kita, dari kita…amiin
faezon
May 10, 2011 at 1:59 PMbetul tu, akhirnya, kelemahan itu sebab ibu bapa juga manusia, seperti mana kita pun boleh buat silap, begitu juga lah ibu bapa.. Sebaiknya, ambil kelemahan tersebut sebagai teladan supaya kelak, bila, kita ada anak, kita tak ulang kesalahan yang sama.