May
Di satu pagi di pejabat pendidikan daerah Pasir Mas
” Assalamualikum Cik, saya nak tanya, kalau saya nak daftar exam PMR persendirian kena jumpa siapa yer?”
” Waalaikumussalam, Adik boleh jumpa En Rashid, tapi dia tak ada sekarang ni. Adik sekolah mana dulu? kenapa nak ambil Persendirian pulak?”
” Eh, bukan saya la kak, saya dah 23 dah, ni sepupu saya nih “
” Oh, ingat awk, nampak muda jer..Hehe.Kenapa adik ni tak sekolah setahun? ada masalah apa? “
Saya menceritakan apa yang terjadi.
” Kalau macam tu, adik ni masuk Tingkatan 4 la terus, tak pe PMR tak penting pun. Tapi, konfem la kena ambil aliran sastera”
” Ha, sebab tu la saya tak nak dia masuk Tingkatan 4 terus, saya tahu dia boleh ambil sains, sebab tu saya nak suruh dia ambil balik PMR, baru boleh tentu dia masuk Sains “
“Hmm..tak payah la adik. Masuk aje Tingkatan 4, ambil sastera pun takpe la kot”
“Eh, tak pe lah, saya nak dia ambil PMR juga. Saya tahu dia boleh sains, rugi jer dia ambil sastera, kalau kena dapat sokongan cikgu pun takpe, saya pergi mintak”
” Ha, mcm ni dik, Adik isi borang ni, dan pergi jumpa Pengetua Sekolah dia dulu, mintak cop dan sokongan”
“Okay terima kasih Kak ye “
” Sama-sama, nanti kalau ada apa-apa, pengetua tak bagi masuk ker, adik datang sini balik la ye, kami try tolong cara lain”
P/S : Saya suka cara mereka melayan pelanggan.
Kami pergi ke pejabat sekolah, namun pengetua tiada, jadi kami di bawa berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
” Ha, awak ni kenapa ni? apa masalah awk baru nak msuk balik?”
Saya menyuruh sepupu menjawab untuk menunjukkan kesungguhan dia nak bersekolah. Namun, bila mendengar Cikgu tersebut berkata:
” Awak ni malas ni, kalau ikut saya, saya tak nak terima awk ni, dah lama tak datang, saya pun dah tak kenal awak ni, tapi bukan saya la yang boleh buat keputusan, nanti saya tulis nota kejap. Datang la esok balik, tengok lulus ke tak”
sekolah sampai Tingkatan 3, tidak ambil PMR
tidak hadir ke sekolah sebab malas
bla….
Saya cuba menahan persaan marah. Okey, saya memang ada sedikit baran jugak. Org Kelantan kata “bekeng”..hehe.
Sabar la hati, dgr angguk je dia cakap, kang tak pasal dia wat tak elok pulak, Tapi, dalam hati ni, dah hilang rasa hormat pada guru yang ini. Tak ada sifat keguruan yang sejati pun.
P/S : Kurang gemar dengan cara dia bercakap. Macam saya ni tak sekolah jer ye. Kang, saya marah sambil speaking kang, cikgu tercengang-cengang kan. Haha.
Kami balik, baru nak start moto, terserempak dengan Cikgu kelas Sepupu. Lalu, kami berborak sebentar.
” Ha, cikgu ingat awak ni. Bagus la awak nak sekolah balik, yang lepas tu, biar la lepas, yang penting lepas ni awak belajar baik-baik. Tapi tu la, Cikgu rasa baik awk tukar pergi sekolah lain. Bukan apa, Cikgu takut kamu tension nanti. Cikgu pun mengaku la, yang cikgu2 nih pun manusia juga, takut nanti dorang dok mengata awk, sok-sek kat belakang. Nanti awk juga tension”
” Saya pun ada fikir macam tuh jugak, tapi td jumpa PPD, dia suruh try sekolah ni dulu, saya try la dulu. Tapi, tu la, nanti kena masuk sastera, rugi jer”
” Eh, tak payah la ,masuk sastera, awak bijak la, Cikgu rasa macam ni la, awk ambil PMR balik, kira peralihan la. Cikgu rasa rugi kalau awak masuk sastera ni. Tak payah-tak payah. Cikgu boleh bagi surat sokongan tunjuk result awak semua nak bagi awak boleh ambil sains. “
“Yeke Cikgu? terima kasih byk2 la eh Cikgu sebab tolong”
Lalu, kami ke ekspo kerjaya kat padang sekolah sebab kebetulan dorng tengah buat minggu kerjaya. Pergi tolong tgk2 kursus utk si Abang dia belajar dari dok saje2 tak buat ape kat rumah.
“Eh, mcm kenal jer, Adik aku ker.. Haha”
Aku menegur Adik aku yang berpakaian seragam bomba celoreng-celoreng yang tgh menjaga traffik.
” Ho..la.. Mu wak gapo cini weyh? Naik moto buruk pulak tuh .Haha”
” Aku gi pejabat sekolah mu la. Ho la, doh moto baru adik wak gi sekolah.. hehe. naik C70 la kita. “
Lalu aku terus bergerak untuk membeli tiket bas utk ke Penang.
Tiba-tiba…
Isk, moto ni takkan mati lagi, dah la aku tgh nak cross jalan nih, sori la Abg lori kat sebelah, saya lalu depan awk macam seekor siput ker. Moto saya mati la, Haih, smlm dah betulkan kn. Huhu.. Eh, tu macam Abg Long tu, sepupu yang lain tgh melintas jalan sambil gelak-gelak tgk saya terkial-kial nak tolak moto pergi tepi. Dia cuba start lagi, tapi tak dapat jugak.
Adoiyai,,, operasi menolak moto ke bengkel pun bermula. Isk…panas nya. Nasib baik seberang jalan tuh jer.
” Moto tak hidup ye ?”
” A’ar, tak hidup. Eh, bukan, hidup tapi dah gerak sikit dia mati balik.”
Budak tu pun membaiki moto, sambil aku dan sepupu menikmati ABC kat kedai sebelah.
Tiba-tiba, Pak sedara datang lagi dengan kezen naik kereta. Dia sengih-sengih cakap, moto rosak lagi?
Saya pun sengih-sengih menjawab ” A’ar, esok taknak la naik moto ni lagi .Huhu”
Budak mekanik kata
” Moto dah okay dah, mcm ni la, kalau jadi lagi nanti awk tukar contact point dia. Sekarang ni dah okay dah. Kalau bawa, sempat sampai rumah. hehe..”
” Berapa ni eh”
” 3 ringgit jer la “
” Eh, murahnya. Terima kasih yer”
TAMMAT
sangilapi
May 12, 2010 at 12:52 AMperbezaan sikap seseorang walaupun bekerjaya yang sama.
itu lumrah manusia,sekali buat salah akan diingat sehingga bila-bila pun tapi bila buat baik walau seribu kali pun..susah untuk dikenang.
moga sepupu tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang
faezon
May 13, 2010 at 12:54 PM@sangilapi,
Yup, semoga sepupu tabah. Dan semoga lebih ramai guru seperti guru yang kelas dia dan semakin kurang guru yang bersikap seperti PK HEM tersebut
botak
May 12, 2010 at 8:43 AMsalam..
apasal cikgu sekolah tu poyo sgt?mcm laa dia tu cemerlang sgt,kn?
faezon
May 13, 2010 at 12:52 PM@botak,
Huhu..tak tahu la dia cemerlang ke tak, tapi sikap dia tak menggambarkan sikap seorang guru yang baik pun.
botak
May 13, 2010 at 11:45 PM@faezon, cikgu2 yg macam tu lah yang membuatkan sekolah menjadi tak seronok.patutnya singkirkan je cikgu tu..
faezon
May 14, 2010 at 12:50 AM@botak,
huhu..agak tak seronok la jugak. Rasa mcm, isk, kalau macam ni la gayanya, memang patut la budak takhormat pun kat cikgu. Cikgu pun tak hormat kat murid jugak
botak
May 14, 2010 at 12:56 AM@faezon, betul2..cikgu x hormat murid.kepada budak2 laki yang agak gengster di luar sana,cukuplah sekadar tak hormat guru ye..jangan sampai pukul cikgu pulak..hehe
faezon
May 14, 2010 at 1:05 AM@botak,
Ha, yang pukul tu dah agak melampau la, tapi, cikgu mcm ni la yang mengundang murid nak pukull..hehe
botak
May 14, 2010 at 1:19 AM@faezon, haha aku belum pernah ade pengalaman pukul cikgu..nk kurang ajar dgn cikgu pun takot..dulu waktu sekolah jadi budak skema jee..tali leher tarik sampai atas!huhu
faezon
May 14, 2010 at 1:42 AM@botak,
haha…smapi atas tuh mmg tahap over skeme tuh..tercekik plak kang. Saya pun budak baik jer dulu …hihi.. Tapi, sebb dulu sume cikgu baik-baik jer.
mijie
May 13, 2010 at 10:22 PMtak habis2 yer motor bawak mslh
faezon
May 14, 2010 at 12:48 AM@mijie,
haha..itu la..2 hari pergi, 2 hari rosak, rini dah g baiki kat kedai cina, dah tak rosak dah rini..hihi
ardzham
May 16, 2010 at 11:28 AMManusia berbagai ragam, ada yang suka membantu tapi ada juga yang suka perlekeh. Sempena hari guru ni, mudah2an guru yang bla.. bla… bla… tu berubah sikap.
Kalau bapak borek, anak rintik, kalau cikgu borek anak murid jadi apa?
faezon
May 16, 2010 at 1:48 PM@ardzham,
Mudah-mudahan macam tu la..
cikgu borek, anak murid jadi …..bintik-bintik..hehe