Jun
Mereka berdua adalah kawan-kawan ketika di MRSM dahulu. Tika di sana, rasanya mereka tidak ber-kapel pun, tapi, itulah jodoh kan. Akhirnya, bersatu juga. Yang paling seronok, mestilah kawan-kawan pasal, majlis perkahwinan mereka ni, telah menjadi satu reunion pulak untuk Ex Mrsm PT dan Ex Mrsm Jasin untuk bertemu setelah masing membawa haluan sendiri selepas SPM.
Yang paling seronok bila mengetahui ada member-member yang sama MRSM ni dah bercinta sama sendiri, ada yang dah nak bertunang dah pun. Member yang sorang ni adalah Member MRSM pertama yang berkahwin ni. Alhamdulillah. Lepas graduate terus kahwin yer kamu dua.
Zaid, ketika di Jasin dahulu adalah seorang Biro Agama or lebih dikenali sebagai BADA. Dia adalah seorang yang malu-malu kucing gitu. Saya tidak begitu rapat dgn dia kerana kami berlainan kelas, tapi, disebabkan kami satu batch, maka, tahu la sikit-sikit mengenai gosip-gosip terhangat antara kami. Peristiwa yang paling saya ingat mengenai Zaid adalah ketika beliau rela melepaskan Jawatannya sebagai Biro agama kerana beliau merasakan tidak layak untuk berada di jawatan tersebut. Sebabnya? Beliau suka melukis komik, jadi beliau akan melukis watak kartun pompuan juga, jadi, beliau merasakan tidak wajar la beliau nak melukis sambil menjadi biro agama. Tapi, beliau nih comel la…hihi..
Kad jemputan kahwin kat atas adalah rekaan Zaid. Unikkan. First time saya mendapat kad jemputan yang kartun nih. Ini yang best kalau dapat yang kreatif.
Nur Ilanah pulak memang bising punya budak. Tapi,dia sangat comel. Pasal mulut Pot-pet dia tuh, bukannya mengumpat orang, tapi sekadar untuk berbual dan membuat lawak antarabangsa. Tapi, yan paling syoknya , muka diorang ni memang tak berubah dari sekolah sampai sekarang. macam tu jer. Awet muda betul.
Rindunya nak jumpa semua kawan-kawan lama. Nak tahu perkembangan semua. Ada yang datang berteman, ada yang masih single. Nasib baik tak de lagi yang datang dukung anak. Agak-agak, lagi sepuluh tahun, berapa org eh yang datang bawa anak..hehe..
Okayh, biasalah kalau perempuan kan, kalau tak bercakap mengenai pelamin and make up mesti tak sah. Kali ni, nk cakap pasal pelamin. Wah!! saya sangat suka pelamin mereka. sangat cantik dan simple . Warna bunga-bunga tu tak serabut tgk. Isk.. kalau saya kahwin nanti, nak pelamin macam ni la. Bunga-bunga tu yang cantik. Aik? sejak bila saya dah suka bunga-bungaan ni..Haha.
Okay lah, itu saja lah celoteh mengenai perkahwinan mereka. Nak berceloteh mengenai perkahwinan sendiri, nampak gayanya, lambat lagi la..
8 comments on Perkahwinan Nur Ilanah n Zaid
1 Pingbacks & Trackbacks on Perkahwinan Nur Ilanah n Zaid
-
[...] terpandang updates di laman Facebook. Ingat lagi tak sayapernah bercerita mengenai rakan saya dulu yang baru berkahwin? Alhamdulillah, mereka bakal menjadi mummy and daddy nanti. So very cute. [...]






donnyien
June 26, 2010 at 7:09 PMSalam kunjung Faezon,
Selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Memang padan mereka tuh.
donnyien
June 29, 2010 at 1:35 PMHai berkunjung lagi..
ter…he
faezon
June 30, 2010 at 11:53 PMhehe..tq.for visiting..I nak visit your blog lagi tapi sedikit busy now
Mentol Bulat
July 20, 2010 at 1:01 AMBila nak lansung tuuu dah dekat dah tuu
faezon
July 20, 2010 at 1:17 AMdah berlangsung dah pun..hehe
Nur ilanah abdullah
August 27, 2010 at 8:28 AMsalam faezon… hahahha! aku ngn zaid gelok do-de-do-de baco.. xtau pon mu ado blog… ngee!! xleh blah nye,..name zaid tu..mane de mohd kat depan.. name full die ‘zaid mohd nor’… aiya! pahtu ejaan BADA tu sbenarnya BADAR… benaran mu ni… haha.. perlu ke mu menyatakan karakter ku… dush! bising?? aku akui… haha! pape pon post di atas sgt refreshing… rindu kawan2 lame..time dorg dtg x sempat nk layan.. borak2 sme… huhu! anyway..aku add mu nye blog in my blog list…
faezon
August 27, 2010 at 11:50 PM@Nur ilanah abdullah, hahahaha…ila..gelok do-de-do-de deh baca..aku takleh imagine zaid gelak gitu..hehehe..alaa.ila….aku pun lupa dah BADAR ke BADA..haha..
Mu best la dop, honeymoon kt sejuk2 tuh…hihihi
tq add aku..