faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Ada apa dgn cuti kali ni


Dah sangat lama saya tak update blog ni. Sebab paling utama? MALAS. Yup. Tak ada mood nak buat post walaupun banyak benda yang nak di kongsi terutamanya mengenai pengalaman menyelam. Malas kerana saya nak luangkan masa bersama kawan-kawan di minggu-minggu terakhir kursus. Malas kerana saya nak luangkan masa dengan keluarga sebelum mula berkerja minggu depan. Yup, dah 10 tahun saya tinggal di asrama, jadi setidak-tidaknya, waktu cuti yang ada, saya nak luangkan bersama mereka. Bila lagi kan.

Balik kampung, banyak perkara yang berlaku. Tapi, yang paling saya sesalkan adalah mengenai kealpaan saya untuk mengisi borang kemasukan ke IKM untuk Abg kepada sepupu saya yang telah menyebabkan dia tidak menerima tawaran belajar sampai sekarang. So…sorry. Banyak benda yang saya buat sampai terlupa hal tersebut. Tapi kata Ayah saya, dia nak belajar, usaha la pergi isi dgn kawan, asyik2 anak dia jer kena gi buat..errr  ( anak dia=saya lah yer).

Lagi, mengenai hal sepupu yang lagi sorang yang berjaya  menyambung pelajaran . Pagi-pagi lagi Maknya a.k.a ibu saudara saya datang mengjenguk ke rumah bila tahu saya dah balik. Oh, mahu mintak tolong saya belikan laptop untuk anaknya. Saya okay aje la. Sesekali balik,berbakti la. Bajet hanyalah 2 ribu. Itu pun maknya keluarkan duit simpanan untuk pergi wat haji, demi anak kan.

Di hari sabtu, kami pergi.Mulanya saya nak pergi naik moto jer,tapi, alahai..ramai la pulak nak ikut. Tak bawak kan merajuk pulak. So, pergi la, saya, adik sepupu, sepupu, dan 2 orang adik saya. Saje la, bawa dorng berjalan-jalan. Tapi kami naik bas aje. Tak de kete kan. Hmmm…kebetulan KB Mall ada mcm pc fair, jadi jenguk-jenguk la dulu. Susah jugak nak cari yang elok dgn duit 2k kat tgn ni. Lagipun, kat PC fair, saya kurang gemar sikit beli laptop, pasal selalunya, mesti spec dia tak memuaskan walaupun harga murah. Mesti ada benda kecik yng kalau tak teliti betul-betul boleh tertipu la.

Tap puas hati dgn survey kat pc fair, kami ker kedai Acer. ( Sepupu hanya nak lappy Acer sebab senang cari center bila rosak)..Tgk2 ada lappy yang agak okay. Tapi,kami tak terus beli, kami pergi makan dulu sambil saya berfikir-fikir nak beli laptop mana la…Pening gak nak timbang-timbang ni. Haish…makan yee mee pun tak sedap. Adik2 saya yang lagi 2 dan-dan order chicken chop, tapi makan dgn tangan jer. Haha..Apa-apa la adik..asal kenyang sudah. Lagi best mkn dgn tgn kan.

Selesai makan, saya pun dah decide, beli kat kedai Acer la. Spec pun okay. Harga yang sama di pc fair, tapi spec dia sedikit berbeza. Kalau di PC fair, Rm1899 processor Intel Pentium 1.8Ghz, dia kedai Acer, model yang sama, guna i3 dan 2.2Ghz. Much better la kot, walaupun RAM yang dibagi hanyalah 1 G tapi RAM boleh upgrade sendiri bila perlu. Proccessor mana boleh tukar-tukar. HD pun tak pelah 320 G pun, external ada. Pesanan dari kawan saya pun macam ni jugak. Graphic card just intel jer. Takpe,sepupu pun wat assignment guna word jer)

So, dgn harga RM1997, kami beli laptop Acer 4671 (agak-agak jer ni) , proccessor DuoCore i300 2.2Ghz, Ram 1 Gig, HD 320G, warranty 3 tahun, Graphic Intel. Baliknya, kena mengajar nak guna lappy plak. Dan semestinya nasihat-nasihat seperti jgn guna sambil charge battery,dan sebagainya.

Itu cerita si Adik, Si kakak pula lain ceritanya. Kakak berumur kurang setahun dari saya. Actually, 2 bulan jer beza umur. Saya lahir bulan 12, dia lahir bulan 2. Masa kecik, kami sama2 membesar jer.

Si kakak mahu membuka kedai runcit sendiri. Yup, dah menyewa kedai dan dalam proses membeli brg2 . Sangat seronok tengok kedai-kedai kat blok tu semuanya kedai-kedai kami anak beranak. Haha.. Sepupu ni, walaupun hanya bersekolah sampai darjah 6 sebab dia dh taknak sekolah, dan tak tahu membaca pun.Tapi, kesungguhan dia, dah boleh wat kira-kira sendiri. Dan dah boleh membaca pulak lepas ada boyfriend. Demi untuk message..Macam lawak, tapi itulah motivasi untuk dia belajar membaca rupanya. Kalau la tahu dari sekolah dulu, dah beli handphne sebijik bagi..Haha..

Dan juga kisah Mak saya yang jadi dealer untu produk Hi-Goat. Sakan yer mak. Laku jer jual. Tiap ari ajak g hantar produk berasaskan susu kambing tu kat rumah pembeli. Dan happy jer dia bila komisyen bulan ni masuk.Mak yang tak pernah pakai pencuci muka dan bersolek pun dah belajar pakai produk tu. Katanya, kalau tak try, susah la nak cakap elok ke tak produk ni..  haha..apa-apa la Mak.

Dan kisah adik saya yang sekolah di darjah 4 yang tak mahu pergi sekolah pagi tadi sebab takut Cikgu panggil kat perhimpunan. Katanya, bukan takut kena rotan tapi malu. Jadi mana ntah dia pergi menyorok pagi tadi. Otai betul adik saya yang sorang tu. Baru 2 minggu lepas kena panggil pasal dia pergi kurung budak perempuan kelas dia dalam toilet. Kisahnya,, seklah dorang banyak histeria sekarang, jadi biasala budak-budak, hantu jer mesti dalam tandas, so dia nak bereksperimen la kot pergi tarik budak tu kunci dalam tanda. Budak perempuan tuh apa lagi,menjerit la kot. Trauma kot budak tu pasni tgk muka Adik saya dan geng dia. Oh ya kata adik saya ” Dulu Aku org ke-3 gedebe dalam kelas, pastu, aku lawan dgn shahdan, dia kalah, Aku la pulak jadi org ke-2 gedebe, Adam n 1″ saya gelak jer la. Itulah tagline adik saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments on Ada apa dgn cuti kali ni

  1. Mentol Bulat
    July 20, 2010 at 12:58 AM

    Salam kenal…. kunjung – kunjung le ke blog saya…

    Seronok yee adik beradik ramai neee…. macam – macam boleh kongsi macam mentol bulat anak tunggal angkat lepas 25 tahun baru tahu yang mentol bulat yang dulunya tunggal kini mempunyai 11 adik beradik… Seronok bebenor rasanye…

    Reply
    • faezon
      July 20, 2010 at 1:18 AM

      yup.mmg seronok ramai2.. hehe..Insyaallah akan ke blog itu. tgh melawat ni

      Reply
  2. madlut
    July 20, 2010 at 1:28 AM

    harap2 sepupu awk tue belajar elok2 la eh…

    Reply
    • faezon
      July 21, 2010 at 2:34 AM

      hehe…harap2 nya mcm tu la.

      Reply
  3. zik
    July 20, 2010 at 1:36 AM

    wah sangat best percutiannya kali ini…

    Reply
  4. mijie
    August 2, 2010 at 8:40 AM

    ejon, kalau sambil guna laptop sambil charge bateri ada effect ke dkt laptop tu? sbb saya memang macam tu je selalu….

    Reply
    • faezon
      August 13, 2010 at 2:07 PM

      ada efek kot.. ni kate org yg jual komputer la..mostly ckp mcm tuh mijie..
      dia mcm hp la..lifespan bateri tak tahan lama.

      Reply
  5. zezebel
    August 14, 2010 at 12:53 AM

    saya suka minum higoat tu.., sedap…..
    Embeeeek… Ehehehehe….

    Reply
    • faezon
      August 15, 2010 at 11:07 AM

      @zezebel, hehehe…dh jadi kmbing ker????

      Reply
    • faezon
      March 28, 2011 at 5:57 PM

      hehehehe…ye-ye..hidup!!

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge