Di petang itu, aku merasa gundah. Ntah mengapa, hati terasa tidak tenang. Tak tahu punca. Tak tahu mengapa. Semua benda yang di buat tak kena jadinya. Dekat lab, aku dgn tak sabar-sabarnya bersedia untuk pulang. Hari ni balik awal. Petang ini aku berjanji dgn seorang teman untuk ke bazar Ramadhan. Hujan turun. Jadi ke tak eh?
Jam 5.15
Aku tunggu sms dari si Teman untuk pergi. Kami janji untuk pergi awl untuk mengelak dari jam. Tapi, senyap. Aku msg tapi tak berbalas. Tidurkah dia? Aku dail nombor dia. Dia menjawab dan iye, dia memang tidur. Ah, memang seronok pun tidur kala hujan turun.
Kami ke bazar namun di dalam kereta Aku hanya membisu. Tak byk berceloteh seperti biasa. Ntah mengapa, hati ni rasa sangat syahdu, mahu menangis, mahu menjerit. Terasa seperti ada sesuatu yg memanggil-manggil. Tapi 6th sense aku tak dapat nk tafsirkan apa makna perasaan itu.
” Kenapa diam? monyok jer..Bawa keluar pun dok wat muka mcm tu lg? ” Teman bertanya.
Aku pandang tingkap. Tengok langit. Aku senyum sedikit tuk mengambil hatinya.
” Sebab langit tgh mendung kot..Mood ni sama dgn cuaca” Aku cuba bergurau. Kemudian aku mula berceloteh byk untuk menghilang kan rasa itu. Sepanjang masa aku bercakap.
Azan
Aku berbuka dengan teman serumah.
8 mlm
Dapat panggilan dari Mak, katanya Adik lelaki ku dimasukkan ke wad ptg tadi. Ya Allah. Sebab itu lah hati aku tak menentu tadi. Adik aku tgh sakit. Demam katanya. Buah pinggang, paru-paru kena jangkitan kuman. Muka, badan semua bengkak sebab buah pinggang dia tak berfungsi dengan elok.
Aku dengar suara Mak. Tak dapat tafsir, mak tgh gelak or sedih masa menyampaikan berita itu. Aku telefon Adik, bercakap-cakap dengan dia. Mcm elok jer. Hilang sikit rasa risau dalam hati.
Beberapa hari lepas tu.
Dapat panggilan lagi. Katanya, nadi Adik lemah. Paru-paru dia tak dpt berfungsi dgn elok. Hari tu, dia bernafas dgn bantuan oksigen. Hati aku kata, balik la rumah tgk Adik, jaga dia. Sebab dia sorang2 kat wad. Tapi, aku ada tuntutan kerja yg perlu disiapkan. Aku dalam dilema. Selalu kalau ada ahli keluarga yang sakit, Aku lah yang akan jadi nurse utk dorng.
Aku hanya berdoa dari jauh agar Adik aku dpt sihat dan dapat ambil SPM. Biarlah penyakit tu hanya sementara. Aku tahu mak sedih bila Adik sakit. Mak pernah hilang seorang anaknya kerana demam panas. Aku tahu, Mak takut perkara tuh berulang. Sabarlah Mak.
Untuk Adik, semoga cepat sembuh. Itulah Adik yang aku dukung bawa jalan2 naik beskal masa kecik. Itulah Adik yang aku simpan duit belanja sekolah tuk belikan gula-gula untuk dia dulu. Itulah Adik yang tika dia kecil, masih bayi, aku dukung dia walaupun aku hanyalah budak tadika masa tu. Itulah Adik yg parut kat kaki dia masih ada sebab masuk dalam rim basikal masa aku bw dia jalan-jalan. Aku dh jaga dia, dari dia kecik. Aku pun takut apa2 akan jadi pada dia. Aku sanggup wat ape pun asalkan dia sihat.
Jadi aku doa agar dia sihat sentiasa.
Amin..



insyaAllah sehat ejon!
cane ley masok kuman tu?
ish2
semoga die cepat semboh
amin!
sukemakan(Quote) (Reply)
@sukemakan, ntah la ina..huhu…virus la kot..n tq Ina.
faezon(Quote) (Reply)
moga tabah dan bawak bertenang,jangan fikir bukan-bukan[LOA].
sangilapi(Quote) (Reply)
@sangilapi, yup..tq sangilapi sebab mengingat kan..thinks positif right?
faezon(Quote) (Reply)
@faezon,
begitulah seelok-eloknya apapun adik ejon dah pun sembuh
sangilapi(Quote) (Reply)
@sangilapi, yup..Alhamdulillah.
faezon(Quote) (Reply)
lagi tinggi ujian, maknanya Allah lebih suka kat kita…kuatkan je semangat…=)
hafizarshad(Quote) (Reply)
balik la ejon.. keja bleh cuti.. Baca blog asyraf, dont take for granted..
Asyraf(Quote) (Reply)
@Asyraf, dh sembuh dah asyraf…hehe…syukur jer
faezon(Quote) (Reply)
Alhamdulillah.. Lama betul nk reply comment blog sendiri..haha
Asyraf(Quote) (Reply)
@Asyraf, hahahaha…bese la..bz..haha
faezon(Quote) (Reply)
good to hear about it
Juan bercerita mengenai..From Langkawi With Love | Bercuti ke Langkawi
Juan(Quote) (Reply)