faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Hati seorang……. Kakak


Di petang itu, aku merasa gundah. Ntah mengapa, hati terasa tidak tenang. Tak tahu punca. Tak tahu mengapa. Semua benda yang di buat tak kena jadinya. Dekat lab, aku dgn tak sabar-sabarnya bersedia untuk pulang. Hari ni balik awal. Petang ini aku berjanji dgn seorang teman untuk ke bazar Ramadhan. Hujan turun. Jadi ke tak eh?

Jam 5.15

Aku tunggu sms dari si Teman untuk pergi. Kami janji untuk pergi awl untuk mengelak dari jam. Tapi, senyap. Aku msg tapi tak berbalas. Tidurkah dia? Aku dail nombor dia. Dia menjawab dan iye, dia memang tidur. Ah, memang seronok pun tidur kala hujan turun.

Kami ke bazar namun di dalam kereta Aku hanya membisu. Tak byk berceloteh seperti biasa. Ntah mengapa, hati ni rasa sangat syahdu, mahu menangis, mahu menjerit. Terasa seperti ada sesuatu yg memanggil-manggil. Tapi 6th sense aku tak dapat nk tafsirkan apa makna perasaan itu.

” Kenapa diam? monyok jer..Bawa keluar pun dok wat muka mcm tu lg? ” Teman bertanya.

Aku pandang tingkap. Tengok langit. Aku senyum sedikit tuk mengambil hatinya.

” Sebab langit tgh mendung kot..Mood ni sama dgn cuaca” Aku cuba bergurau. Kemudian aku mula berceloteh byk untuk menghilang kan rasa itu. Sepanjang masa aku bercakap.

Azan

Aku berbuka dengan teman serumah.

8 mlm

Dapat panggilan dari Mak, katanya Adik lelaki ku dimasukkan ke wad ptg tadi. Ya Allah. Sebab itu lah hati aku tak menentu tadi.  Adik aku tgh sakit. Demam katanya. Buah pinggang, paru-paru kena jangkitan kuman. Muka, badan semua bengkak sebab buah pinggang dia tak berfungsi dengan elok.

Aku dengar suara Mak. Tak dapat tafsir, mak tgh gelak or sedih masa menyampaikan berita itu. Aku telefon Adik, bercakap-cakap dengan dia. Mcm elok jer. Hilang sikit rasa risau dalam hati.

Beberapa hari lepas tu.

Dapat panggilan lagi. Katanya, nadi Adik lemah. Paru-paru dia tak dpt berfungsi dgn elok. Hari tu, dia bernafas dgn bantuan oksigen. Hati aku kata, balik la rumah tgk Adik, jaga dia. Sebab dia sorang2 kat wad. Tapi, aku ada tuntutan kerja yg perlu disiapkan. Aku dalam dilema. Selalu kalau ada ahli keluarga yang sakit, Aku lah yang akan jadi nurse utk dorng.

Aku hanya berdoa dari jauh agar Adik aku dpt sihat dan dapat ambil SPM. Biarlah penyakit tu hanya sementara. Aku tahu mak sedih bila Adik sakit. Mak pernah hilang seorang anaknya kerana demam panas. Aku tahu, Mak takut perkara tuh berulang. Sabarlah Mak.

Bersama fitri ketika berhenti rehat kat area tasik bnding ketika perjalanan balik ke rumah

Untuk Adik, semoga cepat sembuh. Itulah Adik yang aku dukung bawa jalan2 naik beskal masa kecik. Itulah Adik yang aku simpan duit belanja sekolah tuk belikan gula-gula untuk dia dulu. Itulah Adik yang tika dia kecil, masih bayi, aku dukung dia walaupun aku hanyalah budak tadika masa tu. Itulah Adik yg parut kat kaki dia masih ada sebab masuk dalam rim basikal masa aku bw dia jalan-jalan.  Aku dh jaga dia, dari dia kecik. Aku pun takut apa2 akan jadi pada dia. Aku sanggup wat ape pun asalkan dia sihat.

Jadi aku doa agar dia sihat sentiasa.

Amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments on Hati seorang……. Kakak

  1. sukemakan
    August 22, 2010 at 8:14 PM

    insyaAllah sehat ejon!
    cane ley masok kuman tu?
    ish2
    semoga die cepat semboh
    amin!

    Reply
    • faezon
      August 23, 2010 at 2:14 AM

      @sukemakan, ntah la ina..huhu…virus la kot..n tq Ina.

      Reply
  2. sangilapi
    August 23, 2010 at 6:34 AM

    moga tabah dan bawak bertenang,jangan fikir bukan-bukan[LOA].

    Reply
    • faezon
      August 24, 2010 at 9:48 PM

      @sangilapi, yup..tq sangilapi sebab mengingat kan..thinks positif right?

      Reply
      • sangilapi
        August 30, 2010 at 2:01 AM

        @faezon,

        begitulah seelok-eloknya apapun adik ejon dah pun sembuh :)

        Reply
  3. hafizarshad
    August 23, 2010 at 9:38 AM

    lagi tinggi ujian, maknanya Allah lebih suka kat kita…kuatkan je semangat…=)

    Reply
  4. Asyraf
    August 23, 2010 at 5:51 PM

    balik la ejon.. keja bleh cuti.. Baca blog asyraf, dont take for granted..

    Reply
    • faezon
      August 24, 2010 at 9:48 PM

      @Asyraf, dh sembuh dah asyraf…hehe…syukur jer

      Reply
  5. Asyraf
    August 24, 2010 at 10:09 PM

    Alhamdulillah.. Lama betul nk reply comment blog sendiri..haha

    Reply
    • faezon
      August 25, 2010 at 12:48 AM

      @Asyraf, hahahaha…bese la..bz..haha

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge