faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Rezeki murah atau Murah rezeki?


Amaran: Pos ini hanyalah secara kebetulan menyerupai nama kedai Sangilapi.

Rezeki kadang-kadang datang dalam bentuk yang tidak dijangka-jangka. Kadang kala bukan dari apa yang kita usahakan pun.

Pengalaman saya. Sungguh perit untuk bermula menjadi pelajar master. Banyak yang perlu difikirkan terutama tentang wang. Saya bermula sebagai seorang penolong penyelidik dengan gaji yang dijanjikan hanya lah RM 600 a.k.a Rm25 per hari. Cukup murah bukan? tapi saya tetap kuatkan semangat dan keyakinan untuk belajar. Yup. Itulah cita-cita saya. Mahu belajar sampai ke peringkat yang paling tinggi, sampai ke tua saya mahu menuntut ilmu.

Namun apa yang menguatkn semangat dan meneguhkan ati untuk berlajar adalah kerana saya yakin setalah membuat istiharah. Saya yakin ini yang terbaik. Pada mulanya, saya dalam dilema, mengikut kehendak hati untuk belajar atau bekerja membantu keluarga. Ayah dan Mak akan menyokong, namun sebagai anak sulong dari 9 beradik, saya turut rasa bertanggungjawab untuk membantu. Meraka tak pernah memaksa saya apatah lagi dalam hal masa depan saya. Dari kecil, pilihan di tangan saya. Kata Mak bila ada yang bertanya, ” biarlah dia belajar dari pengalaman” Kata ayah, ” Dia yang nak hidup nanti, biar la dia yang tentukan” . Saya bersyukur kerana ayah dan mak begitu memahami.

Berbalik kepada cerita asal. Saya berkira-kira dgn duit sebanyak RM600, tolak KWSP tinggal lagi RM500. Sewa rumah dah RM300, bil air, elektrik dah RM50, bil broadband dah RM50, tinggal lagi RM 100 untuk belanja sebulan. Cukup ker? Tapi takpe, saya boleh makan nasi lauk telur jer. Tak kisah pun pasal makan. Gaji pertama tak dapat lagi. Lepas raya baru boleh dapat. Kerja banyak. Tak sepadan dengan gaji tapi takpe, anggap ajer sebagai pelajaran. Memang versatile kerja saya- dari analisa sampel, menulis report, membeli barangan makmal, membuat website, mengedit gambar untuk buku, membuat surat menyurat, menterjemah jurnal untuk diterbitkan dalam bahasa inggeris, dan juga menyediakan proposal untuk projek master. Memang betul2 penat minda.

Tapi saya tetap yakin, ini yang terbaik untuk saya. Tak berubah niat untuk belajar. Saya yakin, akan ada jalannya. Saya berdoa agar di beri jalan yang terbaik dan di murahkan rezeki.

Satu hari, bagai ingin meringankan bebanan hati saya yang tengah berduka kerana satu peristiwa, Allah telah buka kan hati Pensyarah saya untuk menaikkan gaji.

” Saya up kan gaji awak jadi Rm1100 la Ejon pasal saya tgk awak okay jer. Dan nanti awak isi borang dan tulis proposal untuk minta biasiswa . Kalau dapat at least tambah lagi elaun awk jadi lebih kurang RM1500 sebulan”

Saya terkedu. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Rezeki di beri tanpa dijangka-jangka.

Saya bersyukur sangat. Memang tak dapat saya sangkal lagi, kalau ini jalan yang terbaik untuk saya yang di tunjukkan, maka Allah akan membuka jalan-jalan seterusnya. Saya hanya perlu berdoa dan berusaha yang terbaik.

Setakat ini saja perkongsian kali ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments on Rezeki murah atau Murah rezeki?

  1. madlut
    August 25, 2010 at 12:40 AM

    keja la betul2..takyah dok bercinta…wat kacau je keja..hahaha

    Reply
    • faezon
      August 25, 2010 at 12:51 AM

      @madlut, hahaha…amboi..baik lah lutfi…

      Reply
  2. mijie
    August 25, 2010 at 1:50 AM

    saya pun setuju dgn cadangan lutfi

    apa2 pun rezeki kita kn mohon dkt yg ESA dan yakin bahawa rezeki kalau dah memang milik kita pasti akan ada

    Reply
    • faezon
      August 25, 2010 at 9:10 AM

      @mijie, Yup..baiklah mijie…kena blajar dr yg dah berpengalaman mcm mijie nih..

      Reply
  3. etomyam
    August 25, 2010 at 2:15 AM

    Alhamdulillah, rezeki sudah semakin luas dan terbuka, berkat kesabaran dan ketekunan :D

    Reply
    • faezon
      August 25, 2010 at 9:10 AM

      @etomyam, syukur lah kan

      Reply
  4. catzer
    August 25, 2010 at 2:18 PM

    berusaha dan tawakal..kalau rezeki yg kita tunggu2 tak sampai gak itu bukan bermakna rezeki tu tiada..tp ianya tengah berhimpun untuk menjadi rezeki yang lebih baik untuk kita di masa hadapan :)

    Reply
    • faezon
      August 26, 2010 at 9:32 AM

      @catzer, hmmm…best kata2 nih.. bg semangat kt sy. thnkx yer!!!

      Reply
  5. zool
    August 26, 2010 at 2:29 PM

    Takpe.. balasan yang lebih akan diterima lepas berjaya nanti. usaha keras ye

    Reply
    • faezon
      August 28, 2010 at 4:36 AM

      @zool, tq yer zool..

      Reply
  6. boy_bersahaje
    August 26, 2010 at 8:52 PM

    Alhamdulillah. perit jugak kalau setakat rm100 tiap bulan. faezon master dalam bidang apa ye?

    Reply
    • faezon
      August 27, 2010 at 12:13 AM

      @boy_bersahaje, taw takpe..nak pgl ape? boy ker?
      master dlm marine biology.

      Reply
  7. Maliq
    August 26, 2010 at 10:46 PM

    fuh..kemah loni ejon..blog pun comel loni..congrats nye!hehe

    Reply
    • faezon
      August 27, 2010 at 12:15 AM

      @Maliq, owos maliki… lebih2 plok dia puji.. neway tq..rano bisness loni?

      Reply
      • Maliq
        August 27, 2010 at 1:30 AM

        @faezon, hehe..bisnes ebay dah hancur la ejon..ebay dah mintak hutang jer loni..haha..fee mahal sangat..huhu..main Adsense je la loni..rano Adsense ejon?

        Reply
        • faezon
          August 27, 2010 at 3:17 AM

          @Maliq, owh..yeke…mmg pun ebay fees mahal gila loni..huhu.. malas jugok sero sbb akaun org pn kene suspend ritu..haha..

          adsense okay la jugak.. dia mesti dpt byk doh deh?

          Reply
          • Maliq
            August 27, 2010 at 12:03 PM

            @faezon, haha..takdop la sangat..boleh lah buat make buko poso..haha..

            Reply
            • faezon
              August 27, 2010 at 11:51 PM

              @Maliq,
              hahaha..yak..bukak poso tiap ari tuh..kira kaya la tuh..haha…

              Reply
  8. zik
    August 27, 2010 at 12:49 AM

    murah rezeki tuh…

    Reply
    • faezon
      August 27, 2010 at 1:08 AM

      @zik, yup..alhamdulillah..

      Reply
  9. aimannajmy
    August 27, 2010 at 12:51 AM

    wahh ikut jejak langkah madlut ni amik master hehe…bgus2 huhu

    Reply
    • faezon
      August 27, 2010 at 1:08 AM

      @aimannajmy, hehehe..mana ada ikut jejak langkah dia…dia adalah dia, saya adalah saya…hmm..mmg nak sambung pun dari dulu lagi.

      Reply
  10. Dila.13
    August 29, 2010 at 4:23 PM

    Rasanya kalau saya decide untuk sambung master dan jadi pembantu penyelidik lepas habis degree, bankrupt parents saya dibuatnya. RM100 je bersih untuk makan sebulan. huhuhu… insyaAllah kalau ade rezeki memang akan sambung master. rezeki jangan ditolak, beb! hehe :)

    Reply
    • faezon
      August 30, 2010 at 1:07 AM

      @Dila.13, hehehe…Insyaallah, boleh punya..Doakan awak pun berjaya yer?

      Reply
  11. sangilapi
    August 30, 2010 at 1:58 AM

    Rezeki Murah lah yang best sebab RM ….kehkehkeh

    rezeki ni kalau nak senang datang,selalu-selalulah berkawan baik dengan minda separa sedar dan fahamkan konsep LOA :)

    link tu terima kasih diucapkan.

    Reply
    • faezon
      August 30, 2010 at 8:54 AM

      @sangilapi, tgh belajar2nk apply nih konsep itu loa..
      owh..link tuh ker, tak der ape pun…suka2 hati jer tuh..

      Reply
  12. mie
    September 3, 2010 at 8:34 PM

    bahasa yang awak guna mmg best didgr la, awak ni sesuai la jadik pengacara radio..
    go go eton!!!

    Reply
    • faezon
      September 4, 2010 at 4:36 AM

      @mie, errr…
      tq.hehe

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge