Salam Ramadan


Hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa. Baru hari ni nak ucap selamat berpuasa kat semua . So.. SELAMAT BERPUASA !!.

5 hari berpuasa, aku amat bersyukur kerana mendapat rezeki yang cukup untuk mengenyangkan perut ini. Sedih la pulak kan. Tapi tiap hari berbuka puasa kat masjid, sahur pulak masak sendiri. Memang bulan yang tak memerlukan belanja yang byk sebenarnya kalau boleh melawan nafsu ketika berbuka. Caranya mudah saja. Elakkan dari mengunjungi bazar Ramadan selalu kerana di situ lah kita menjadi boros dan menikut nafsu yang berkata ” Ala..apa salah nya beli, aku puasa kan” walaupun ada juga suara hati yg sayup-sayup ber kata ” Dah byk dah aku beli hari ni”.

Kelebihan berbuka kat masjid beramai-ramai ni banyak. Selain dapat kawan baru, dpt juga berkat sebab berbuka beramai-ramai. Dan yang lagi penting, kita tidak akan lalai dari menunaikan sembahyang maghrib dan juga berterawih secara berjemaah. Cuba bayangkan jika berbuka di rumah bersama rakan-rakan ataupun keluaarga, pasti, akan terlewat maghrib kerana seronok menjamu selera, berborak-borak sambil menonton tv.  Lalu, perut pun dah terlalu kenyang ddek terlampau mengikut nafsu makan. Anda terbaring mcm ular sawa kenyang. Mata makin kuyu. Anda tertidur. Lalu, maghrib entah ke mana, Anda bangun dengan penyesalan kerana telah mengabaikan kewajipan. Lalu, perasaan mahu berterawih pun hilang kerana merasakan tiada guna mahu berterawih kalau yang wajib tadi pun tertinggal.

lagi satu kelebihannya adalah kita tidak akan makan melebihai apa yang kita perlukan. Kerana makanan yang di ambil sudah cukup-cukup untuk diri sendiri makan. Tidak lebih, tapi kurang ada la. Saya pernah berbuka dgn makan nasi dan kuah gulai sahaja kerana terlewat mengambil makanan. Tapi, sedikit pun saya tidak mengeluh. Hati berkata ” boleh bayangkan perasaan org miskin yang nak berbuka pun tak de lauk. hanya nasi dankuah jer” . Saya terus makan tanpa rasa marah. Yup, kenyang juga. Nasi tu mengilangkan lapar juga walaupun tak berlauk. Saya tetap boleh berterawih seperti biasa. Perut pun okay jer.

Tika sahur, bersahurlah dengan melewat-lewatkan nya. Byk hikmah nya. Antaranya adalah bila kita bersahur lewat pasti waktu Subuh sudah dekat. Lagi sikit jer na Subuh, pasti ada rasa bersalah untuk tidur tanpa bersolat dulu. Cuba bayangkan anda bersahur pada jam 2 pagi. Tidur pun terganggu. Bangun n tidur balik. Bagi yang tidak biasa bangun pagi pasti akan terlewat bangkit. Yup, berpuasa tapi Solat entah ke mana.

Tika waktu makan tengahari, kalau biasanya kita kesuntukan masa untuk bersembahyang berjemaah di surau atau di masjid, bulan Ramadan ini, pasti byk mas yang ada untuk kita berjemaah bersama. 1 jam yang diperuntukan untuk makan n solat ketika hari biasa boleh diperuntukkan untuk beribadah di samping berehat. Bukannya menggunakan masa tersebut untuk bergosip.

Okay lah Salam Ramadan. Saya mahu menganalisis sampel dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

20 Responses to Salam Ramadan

  1. zezebel says:

    Selamat berpuasa.
    Hari ini apa juadah berbuka?

      (Quote)  (Reply)

  2. ejoncb says:

    juadah hari ni tak pasti la…tgk la kt masjid masak ape.

      (Quote)  (Reply)

  3. Memang terbaik bila kita berbuka di Masjid atau Surau. Macam yang awak katakan, kita akan makan atau menajamah secukup keperluan. Jadinya, badan pun xla lemah dan mata kuyu. Malah kita rasa lebih frsh dengan dapat solat on time berjemaah. Thanks for this entri yang mengingatkan =)

      (Quote)  (Reply)

  4. madlut says:

    selamat berpiasa jugak!!

      (Quote)  (Reply)

  5. mijie says:

    selamat berpuasa, wah wah boleh berbuka kat masjid, syukur

      (Quote)  (Reply)

  6. hafizarshad says:

    patutlah selalu lepas buka kat rumah kompom mata layu bagai ditusuk sembilu sambil didendangkan lagu tragedi oktober lalu tertidur dengan sendirinya…papepun tahniah sebab meramaikan masjid….=)

      (Quote)  (Reply)

  7. x-po says:

    selamat berpuasa..first time dtg sini hehe

      (Quote)  (Reply)

  8. zik says:

    puasa… jangan tak puasa

      (Quote)  (Reply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge