Oct
Oct
Baru pulang dari melawat seorang kenalan ketika berkursus dahulu. Baru menerima khabar kemalangan yang dihadapi nya ketika menunggang motosikal di jalan Batu Feringhi (jalan killer nih, sy pun takut nk bw moto kt sini). Kemalangan antara motosikal dgn motosikal tersebut menyebabkan muka kawan saya hancur , badan okay semua, muka jer hancur, tulang semua pecah, gigi pun patah, hidung, pendek kata,kalau bukan namanya tertera di katil wad neurosurgeri, saya pasti takkan kenal dia.
Sedih melihat si ibu menangis, menunjukkan gmbar pasport si anak.
Makcik sedih, makcik ckp kt Dr, mcm mana pun dr, buatlah muka anak saya bg jadi mcm nih, mcm gmbr nih. Makcik tak kira la berapa ribu pun. Tak sanggup Mak cik nak tgk dia mcm tu.
Ya Allah, saya dgr pun sedih tgk makcik nih mengalirkan airmata. Tapi,sabar jer lah. Kawan saya tuh dijadualkan melakukan pembedahan plastik ahad ni. Doa kan dia sembuh yer. Nasib baik ingatan dia tak hilang.
Kemalangan tersebut berlaku bila dia bawa motosikal dgn laju dia selekoh, sampai kawasan yg org pgl blind spot sebab tak nampak kenderaan keluar selekoh, ada motosikal keluar dgn laju jugak. Kawan ni tak sempat mengelak, langgar motosikal tersebut , mukanya tersembam di meter moto dgn kuat, maybe dia tak lepas moto tuh masa nk excident agaknya. Tapi alhamdulillah, kawan kat belakang selamat, cedera ringan saje, hanya lebam-lebam. Penunggang moto lagi 1 pulak remuk di bahagian lutut.
Saya teringat pengalaman menjaga sepupu di wad neurosurgeri kerana excident moto. Dia koma 2 minggu. Excident lagi 3 hari sebelum spm. Peristiwa menyayat hati bila mak dia memangku dia dalam kereta dgn masih memakai kain sembahyang, dan dia berkata dlm sedar tak sedar
Mak **** mintak maaf byk2 dgn mak sbb tipu mak . Mak maaf lah ****, **** takut mati, **** minta maaf buat salah kat Mak.
Itu jer, kemudian dia tak sedar, kecederaan otak yang serius. Menunggu di wad memang mencemaskan. Tiap kali nurse membuka pintu bilik menunggu, semua jantung berdebar-debar, keluarga siapa yg bakal menerima berita sedih. Setiap hari melihat kematian menjemput penghuni wad. Setiap hari melihat keluarga menangis. Kalau tak kuatkan semangat, kita yg menunggu pun boleh jadi sasau taw.
Yup,dia sedar, tapi byk nikmat Allah telah ditarik. Dia, olahragawan sekolah, pelari jarak jauh. Dia pelajar harapan sekolah utk spm. Dia boleh dikategorikan sebagai hensem . Semua ditarik, kebijaksanaan, kaki pun dah tempang, penglihatan pun kabur. Buat saya terfikir, nikmat Allah boleh ditarik bila-bila masa aje.
sangilapi
October 23, 2010 at 3:57 AMsegalanya barang pinjam sampai masa kena pulangkan.Kita sebagai peminjam kena pulangkan segalanya seperti mana keadaan asal.
faezon
October 23, 2010 at 3:30 PM@sangilapi, huhuhu..betul tuh sangilapi..
Hadi Rofiee
October 23, 2010 at 8:03 AMAlhamdulillah, bagus artikel ini. Bersyukur kepadaNYA atas segala nikmat.
faezon
October 23, 2010 at 3:29 PM@Hadi Rofiee, yup..kene bersyukur dgn nikmatNya.
suri
October 23, 2010 at 4:54 PM@faezon, dari ujian tu janglah pula kita lupa agar sllu beriman kepdaNYA.. dunia ini hanyalah khayalan semata2 bagi ynag bijak menjaga waktu dgn perkara yang baik dan beriman pasti Syurgalah tempatnyer..
suri
October 23, 2010 at 4:53 PMjika kita melawat seseorang sedikit sebanyak ia akan meredakan hati org yang sakit tu..
malah ia juga satu perbuatan yg baik dlm islam..semoga sahabt tu akan cept sembuh seprti sedia kala.
faezon
October 23, 2010 at 4:55 PM@suri, insyaallah suri, tadi pergi lawat lagi tgk muka dia pun dah tak bengkak dah, dah nampak lah rupa kawan tuh yg sebenarnya
zik
October 23, 2010 at 9:31 PM… semoga cepat sembuh… rakannya.. bila2 jer boleh ditarik nikmat…yang Allah beri
faezon
October 23, 2010 at 11:16 PM@zik, hopefully..
Samdaddycool
October 24, 2010 at 1:54 AMTermenung sekejap.. memang hidup kita di dunia ini hanya sementara, dipinjamkan segala nikmat yang ada. Kena bersyukur dan selalu beringat sebelum ditarik nikmat tersebut.
faezon
October 24, 2010 at 2:00 AM@Samdaddycool, sebetulnya macam tu lah. Kdg-kdg kita lupa nikmat nih pinjaman jer sebenarnya, Hak Allah yg bila-bila pun dia boleh tarik
madlut
October 24, 2010 at 11:46 AMtahniah..penulisan awak menyentuh kalbu..rajin2 la update, mesti blog awak boleh lagi bagus dari blog saya
faezon
October 24, 2010 at 4:25 PM@madlut, tq-tq.. hurmm..tgh nak jadi lagi bagus dari awk lah nih..hihihi… semoga log awk pun boleh jd the best!!
dnoBiz
October 25, 2010 at 2:54 PM@faezon,
Blog Madlut bagus
blok Ejon nak lagi Bagus….
habis yang tinggal kat aku hanyalah tak cukup bagus…?
Ps : korang amik la semau aku tak kisah
faezon
October 25, 2010 at 4:57 PM@dnoBiz, hahahha….ada plak mcm tuh. jom sume jadi bagus..blog awk pun bagus per
Saya Laa Dia
October 24, 2010 at 5:56 PMAssalamu’alaikum sis..
Entri sis ni buat saya terfikir. Berapa banyak pun nikmat ALLAh tu, hanya dalam 1 saat aja Dia boleh tarik semuanya.
Astaghfirullah~ Sedih.
faezon
October 25, 2010 at 10:02 AM@Saya Laa Dia, Itu lah,,kene beringat selalu..huhu
jenanese
October 25, 2010 at 1:29 PMsmuanya adalah pinjaman semata2…
faezon
October 25, 2010 at 5:01 PM@jenanese, betul tuh..
dnoBiz
October 25, 2010 at 2:51 PMdia bertuah kearana diberi petunjuk ketika masih lagi bernafas
tapi macam mana dengan kita…?
Ps: berungtunglah sesiapa yang mendapat kesedaran daripada keadaan orang lain…
faezon
October 25, 2010 at 4:57 PM@dnoBiz, Tiap perkara yg jadi ada pengajaran nya.