faezon dot com
Tentang hidup dan rasa . Tentang dia dan saya . Tentang ilmu dan idea

Menggunakan Child Theme untuk Editing Blog


Pernah tak anda mengalami peristiwa begini :

Dah edit theme bagi cantik-cantik, ubah font , hide blog tittle dan hide blog description tapi lepas update theme ke versi baru, semua perubahan yang anda lakukan hilang? Kalau tak pernah jadi, bagus la, tapi dah banyak kali jadi kat blog saya sampai saya dah malas nak bukak editor dan edit lagi dan lagi terutama bab blog title dan description untuk theme twentyten yang saya pakai ni..huhu..

Lepas google banyak solutions, akhirnya jumpa jugak cara paling senang nak edit theme tanpa kena buat perubahan pada file asal theme. Cara yang saya guna adalah dengan menggunakan Child Theme bagi theme asal dan melakukan perubahan yang dikehendaki pada Child Theme supaya apabila theme asal yg kita guna di update, perubahan yg kita lakukan takkan hilang kerana perubahan yang dilakukan adalah pada Child Theme dan Child Theme tidak di update.

Software yang diperlukan :

1-      Xampp atau wampp atau apa saja program yang membolehkan anda melakukan editing blog secara offline. Jika tak tahu cara menggunakan , boleh rujuk di sini

2-      Notepad++ , Pspad, wordpad atau dreamweaver atau apa sahaja program yang membolehkan anda menulis code-code css baru ( lebih baik guna yang warna warni jika anda tak mahir menulis dan membaca code css supaya anda dapat membezakan antara code yang berlainan)

Katakanlah saya menggunakan theme twentyten dan mahu melakukan perubahan pada style tulisan atau apa-apa saja pada theme tersebut yang melibatkan style maka saya akan membuat satu folder theme baru yang bernama twentyten-template (atau apa-apa saja nama yg anda suka, nak tulis twentyeleven pun boleh..hehe) dan di upload ke dalam hosting ke bahagian theme

C:\xampp\htdocs\umyra\wp-content\themes

Bina satu folder baru bernama twentyten-templates

Dalam contoh ni, saya menamakan theme baru sebagai twentyten-templates.

Dalam folder tersebut akan saya letak 1 file yang dinamakan stlye.css dan segala perubahan yang mahu saya lakukan, akan saya lakukan pada file style.css yang di dalam folder child theme (twentyten-template) ni.

Bina satu file bernama style.css

Kemudian, buka file style.css dan paste code seperti di bawah.

/*
Theme Name: Twenty Ten Templates
Theme URI: http://wordpress.org/
Description: The 2010 theme for WordPress is stylish, customizable, simple, and readable — make it yours with a custom menu, header image, and background. Twenty Ten supports six widgetized areas (two in the sidebar, four in the footer) and featured images (thumbnails for gallery posts and custom header images for posts and pages). It includes stylesheets for print and the admin Visual Editor, special styles for posts in the “Asides” and “Gallery” categories, and has an optional one-column page template that removes the sidebar.
Author: the WordPress team
Template: twentyten
Version: 1.1
Tags: black, blue, white, two-columns, fixed-width, custom-header, custom-background, threaded-comments, sticky-post, translation-ready, microformats, rtl-language-support, editor-style
*/
@import url(‘../twentyten/style.css’);

Anda boleh copy daripada file asal style.css dari theme asal anda dan tambah bahagian Template : twentyten. Bahagian ni penting supaya Child theme anda dapat mengetahui dari mana sumber theme untuk dirujuk . Jika tak tambah part ni, perubahan pada theme anda tidak akan di lihat pulak.  Oh, ya ejaan twentyten pada template tu perlu sebijik sama dengan theme asal ye,dan case sensitive, jadi kalau nama theme anda bermula dgn huruf besar, pastikan anda guna huruf besar pada Twentyten.

Lepas tu, tambah aje code css apa-apa yang anda perlu untuk melakukan editing pada blog anda pada style.css di child theme ini.

Contohnya, saya mahu menyembunyikan blog tittle dan description jadi saya akan letak code

/* hide site title */

#site-title {

display:none;

}

/* hide site description */

#site-description {

display:none;

pada file style.css kemudian save.

Untuk melihat perubahan yang berlaku, anda perlu activate dahulu child theme pada dashboard blog anda. Lepas activate child theme yang bernama (twentyten-template) , anda jangan delete pulak ye folder theme twentyten yang asal. ;) . Nanti tak boleh nak load pulak blog anda sebab tak da rujukan bagi child theme.

Then, dah siap. Untuk perubahan lain, anda boleh buat dgn meletakkan file .php yang lain untuk perubahan pada sidebar, header dan sebagainya di dalam folder child theme. Banyak lagi perubahan yang boleh anda lakukan!!..Rajin-rajin lah google..haha..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments on Menggunakan Child Theme untuk Editing Blog

  1. madlut
    May 3, 2011 at 2:22 PM

    perghh!!!…dah hebat dah!!..

    Reply
    • faezon
      May 3, 2011 at 2:24 PM

      ces!!..haha..thanks!

      Reply
  2. zik
    May 3, 2011 at 10:24 PM

    cayalah… macam tuh rupanya… kalau nak save theme yang kita dah edit , macam tuh rupanya… senang sikitlah..tak payah nak edit sekali lagi. kalau update..
    zik bercerita mengenai..Boikot makan ayam- kenapa

    Reply
    • faezon
      May 6, 2011 at 12:23 PM

      hehehe..betul tuh zik

      Reply
  3. Kidney Expert
    May 5, 2011 at 3:39 AM

    Salam admin,

    Saya pun menggunakan tema twenty ten. Bagi saya ianya agak mudah sebab dah disediakan satu bahagian untuk mengubah rupa tema tersebut seperti bahagian header, background.

    Cumanya kalau ada kemahiran untu mengedit css, lebih baiklah.
    Kidney Expert bercerita mengenai..Awas Perokok!Rokok Merosakkan Buah Pinggang Anda

    Reply
    • faezon
      May 6, 2011 at 12:24 PM

      yup, betul tu KE, twenty ten ni sebenarnya boleh customize banyak lagi, cuma kena rajin lah cari code-code yang sesuai.

      Reply
    • faezon
      May 6, 2011 at 12:25 PM

      ;)

      Reply
  4. Ladfe Amir
    May 5, 2011 at 10:32 PM

    saya pun pernah guna theme twenty ten. tapi tak serasi..terus pegi ke theme yg ada skrg.

    btw.. thank atas tutorial tu. mmg menarik jika dapat ubah apa yg susah diubah. mmg kena minta nasiat pakcik G selalu
    Ladfe Amir bercerita mengenai..Bukan Kerana Buah Marula

    Reply
    • faezon
      May 6, 2011 at 12:26 PM

      hehe..yeke. dulu saya guna theme lain tapi rasa mcm lecehnya nak ubah tak paham sgt, tu yg back to basic tu, guna theme default wordpress jer..

      Reply
    • faezon
      May 6, 2011 at 12:33 PM

      sama-sama Sis!!

      p/s : batul tuh..hoho..

      Reply
    • faezon
      May 9, 2011 at 10:56 AM

      haha…edit apa-apa pun memang pening kalau tak biasa.

      Reply
    • faezon
      May 9, 2011 at 11:04 AM

      theme buatan Malaysia? mcm mana nak tahu eh?

      Reply
    • faezon
      May 9, 2011 at 11:04 AM

      ;) geng la nih

      Reply
  5. syahrilhafiz
    May 8, 2011 at 6:05 PM

    wow!! tahniah, themes saya tu masih parent
    tak buat child lagi pun, tapi selalu la backup theme ni waktu nak upgrade..hehe
    btw entri ni kemas, gugul kot edit themes 2010 macam tu..:D

    psst! nak buat baru tu yang biar je parent, sebab ada banyak benda lagi nak edit..hehe tunggu nk upload je lah
    syahrilhafiz bercerita mengenai..Tips pemilihan nama domain berkesan

    Reply
    • faezon
      May 9, 2011 at 11:05 AM

      wah…pandai eh wat theme baru!!!!!..cayalah,, boleh berguru nih… saya nk wat child theme ni pun fenin-fenin dah..hoho

      Reply
  6. RozaniGhani
    May 10, 2011 at 10:31 PM

    cuba try guna child theme dari WPCharity.com kat xampp.
    saya banyak belajar php dan css dari child theme WPCharity.

    Reply
    • faezon
      May 13, 2011 at 3:02 PM

      okayh..thank for the sharing RG.

      Reply
    • faezon
      May 13, 2011 at 3:03 PM

      hahaha..kalau nak buat bisness setup blog WP takat point domain ke server boleh la..hahaha..nk edit2 ni, kang terpening pulak.

      Reply
  7. aimannajmy
    May 13, 2011 at 2:54 AM

    wah mantop!! huh tak penah pun kaji benda2 ni huhu.. men bubuh ja asal theme berkenan pastu remove footer links haha

    Reply
    • faezon
      May 13, 2011 at 3:06 PM

      hahahaha…footer links pulak yg plg awl nk remove kan..haha.. sy pun baru jer ni Man, tahu sikit2 jer.

      Reply
    • faezon
      May 15, 2011 at 2:23 AM

      eh.eh..terima kasih kata blog dan blog owner..

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge