Travelog Impian Malaysia Saya : Sekolah


Pembuka kata  : Saya sayang Malaysia.

KIta Anak Malaysia !! kan?kan?

Tika membesar, saya sekolah di kampung saja di Kelantan, memang tak ada bangsa lain kecuali Melayu. Saya hanya kenal bangsa lain melalui pembacaan, novel, dan televisyen sahaja. Dalam hidup yang sebebar, tak pernah ada kontek dengan bangsa lain kecuali Melayu. Dalam hati, sangat teringin untuk berkawan dan berkenalan dengan bangsa lain. Mahu belajar bahasa dan budaya mereka. Rasa seronok, untuk paham dan terima perbezaan. Bosan juga asyik muka melayu aje jumpa tiap hari..

Tingkatan satu, saya belajar di kawasan bandar sikit, dapat kenal kawan-kawan dari negeri-negeri lain, bandar lain, kampung lain. upgrade sikit pengalaman dan pergaulan. Tapi, tetap tak cukup.

Masuk tingkatan 4, saya ambil keputusan untuk keluar dari Kelantan, pilih untuk belajar di Melaka. Kawan-kawan ramai yang takut untuk keluar dari negeri sendiri tapi saya terlebih excited pulak untuk keluar dan kenal dunia luar. Serius, takde adegan sedih-sedih pun masa nak meninggalkan rumah. Happy ada la, konon-konon dapat travel !. Ye-ye, mak saya pun bukan jenis yang emo suka nangis bila anak nak pergi jauh2. Dia bagi galakan dan senyuman lagi.. untuk keluar melihat dunia sebabnya ” Mak nak bawa tak boleh, bukan org kaya, ada peluang, pergi aje lah”. Di sana saya dapat lihat dan kenal dgn “org luar” . Sangat menarik memerhati perbezaan budaya ni. Seronok. Sekurangnya, pendapat saya takkan stuck pada level sama berdasarkan pengalaman dari satu tempat saje. How would you appreciate the differences when you stuck with your own kinds! Sekurangnya, saya dah boleh lihat dunia dari sisi yang berbeza. Seronok!

Matrik pulak dapat kat utara! Mak aih! lagi menarik. Dapat pi utara, merasa cara hidup kat utara pulak!. Hurmm..tak banyak beza dgn hidup kat Kelantan, cuma bahasa dia menarik! Ceq kagum dengaq org utara cakap. Dpt pula roommate chinese! memang ceq suka sangat! Dapat kenal dan tahu budaya depa.

Last sekali, dapat pula universiti kat Penang! Oh, gembira sangat, dpt ke universiti pilihan. Kat sini paling menarik sebab boleh kata, saya dapat start anew, datang sorang-sorang, ada cosmate bangsa lain. Ada Cina, ada India, ada Mamak lagi siap! Pertama kali dgr istilah papadom! Selama ni tak pernah tahu kewujudan makanan bernama papadom ni ! Jakun betol. Nasi kandaq pun pertama kali makan. er…ceq sakit perut pulak lepas makan. Perut ceq berjiwa Kelantan lagi. Buat pertama kali juga dapat kenal agama Kristian, Buddha, Hindu. Dapat belajar agama mereka dan faham kenapa dan mengapa. Sampai sekarang pun masih di Penang. Dah hampir 5 tahun kat sini. Ceq suka Penang sebab segalanya ada tapi tak sesak mcm KL.

Apa kaitan dengan sekolah? Tak tahu nak bagi tajuk ape dah.=b.

Impian saya yang belum tercapai : Backpacking keliling dunia sebab funding tak cukup lagi. Ada berani ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Impian Malaysia. Bookmark the permalink.

5 Responses to Travelog Impian Malaysia Saya : Sekolah

  1. dnoBiz says:

    Backpacking keliling dunia…
    menarik tu Jon tapi kalau nak capai baik buat masa muda dan tanggung jawab tak banyak ni :D
    dnoBiz bercerita mengenai..Samseng FaceBook – Jom tengok apa Hasilnya Nanti !!!

      (Quote)  (Reply)

  2. titan says:

    datang banting dulu aa sebelum travel luar malaysia. haha..
    titan bercerita mengenai..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com ditangguhkan

      (Quote)  (Reply)

  3. aimannajmy says:

    yakaaaa suka penang, ka lebih suka kedah hahaha (maksud tersirat)

      (Quote)  (Reply)

  4. hnif says:

    assalm..blum pernah lgi smpai penag, nsi kandar tu sama ke macam nsi kat kedai mamak (maplei) yng ade kat kl ni..?

      (Quote)  (Reply)

  5. zik says:

    lepas penang.. kemana destinasi yang dituju???
    zik bercerita mengenai..Kartun malaysia (Belilah insurans saya,wahai superman!)

      (Quote)  (Reply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge