Feb
Feb
Kami duduk bersama-sama di atas katil. Baring sambil berborak mesra. Setiap kali memang saya tak akan lepaskan peluang untuk mendengar cerita-cerita comel tentang perjalanan hidup mereka sepanjang ketiadaan saya. Lucu pada pendengaran kita tapi serius pada hemat mereka. Pendek kata, semua cerita pun nak di cerita. Kadang-kadang sampai berebut nak bercerita.
Oit-oit, kakak mu ni hanya ada 2 telinga dan 1 saja otak. Cerita satu-satu la. Nanti tak boleh nak respons pulak.
Here it goes
“ Hari tu Ustazah cerita kisah Nabi Adam. Ustazah kata Nabi Adam duduk syurga mula-mula dengan isteri dia, nama ape dah….emmm..” Asmaani memulakan cerita
“ Hawa! “ Idan menolong
“ Ha, betul, nama Hawa. Lepas tu Allah pun suruh syaitan sujud pada Nabi Adam kan? Tapi syaitan tak mahu. Pastu Allah pun marah syaitan, dia halau syaitan keluar dari syurga. Pastu syaitan pun hasut Nabi Adam makan buah tu.. apa dah nama buah tu , tak ingat la.”
“Buah Khuldi ! , Nabi Adam makan sebab tu kat leher orang lelaki ada bulat-bulat tu, apa nama dah?” Idan sambung lagi tapi dia pun lupa jugak.
“Halkum..” saya tolong jawab pendek.
“ Ha, betul, pastu, lepas Nabi Adam makan, dia pun kene campak ke bumi. Lepas tu dia dapat anak 4 orang, kembar dua-dua. 1 kembar comel, 1 kembar tak comel sangat..” Asmaani diam kejap, lupa agaknya sambungan cerita.
“ Yang laki nama Habil dan Qabil , Nabi Adam suruh Qabil kahwin dengan adik Habil tapi Qabil taknak sebab tak comel. Dia pun bunuh Habil.. lepas tu dia tengok burung tanam mayat burung dalam tanah, dia pun tanam mayat Habil dalam tanah. Habis la cerita “ Idan sengih je , bangga kot dapat menghabiskan cerita tersebut.
“ Long, macam mana syaitan boleh hasut Nabi Adam? Nabi Adam kan dalam syurga, kan syaitan kena halau keluar? “ Soalan KBKK dari Idan.
Saya senyap je (sebenarnya tengah fikir-fikir jugak mcm mana ye, tak pernah pulak terfikir soalan tu selama ni ..haha. )
“ Rasa-rasa mcm mana?” Heheha..jawab soalan dengan soalan, cara paling mudah, kot la jawapan mereka lagi tepat.
“ Dia telefon pakai henset la! Dalam syurga mesti ada henset. Ustazah cakap dalam syurga kalau nak apa-apa semua pun dapat” Wahida bagi cadangan.
“ Betul la, ustazah cakap, kalau awak nak moto 125 pun boleh dapat, moto marlboro pun boleh dapat,awak nak, tak payah cakap, ada terus depan awak” Idan sambung lagi.
“ Long, dia pakai henset ke? “ kehkehkeh. Funny lah your answer lil’ Sis.
“ Along pun tak tahu, bukan kot, dia bisik-bisik gitu jah kot, dia bukan manusia, dia kan syaitan, boleh kot kalau dia bisik jauh-jauh pun Nabi Adam dengar “ Sebenarnya, jujurnya, saya pun goreng jugak.
So, ada sape-sape tahu tak macam mana nak jawab soalan tu ? peace..^_^ Y
WhiteApple
March 2, 2012 at 12:18 PMHaha..adoiyai..bdk2 ni cara dorang pikir kreatif sgt.. aku pn xpnh terpikir cmtu skali.hihi
WhiteApple bercerita mengenai..FLU
faezon
March 4, 2012 at 2:37 PMhahahaha..kan shida. Aku pun terkedu gak dengar jawapan tu ha
sangilapi
March 12, 2012 at 2:39 AMcuba tanya kat adik tu,seandainya si adik bercadang atau terlntas mau melakukan sebarang kesalahan adakah si adik dapat satu panggilan telepon dari makhluk tersebut? (terpaksa jawap dengan menyoal semula )
zik
March 18, 2012 at 1:52 PMerkkk… tiba2 credit takda.. nak beli topup kat ne.. huhu
zik bercerita mengenai..Aku LELAKI KACAK wei!
marlia
April 13, 2012 at 1:34 AMsyaitan hasut hawa mula2, kata kalau mkn buah khuldi tu dapat tinggal kt syurga selama-lamanya(kot), takpon syaitan kata Allah saja nak uji mereka(taksure jugak), lepas tu hawa pujuk nabi adam.. so, kira betullah lelaki lemah dgn pujukan perempuan…